awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PM Korea Selatan Han Duck-soo dihukum penjara 23 tahun kes darurat tentera
PGK 2024 antara syarat kelayakan bantuan kebajikan mulai 1 Jan - Lim Hui Ying
Skandal rasuah: Integriti ATM tidak harus terjejas hanya disebabkan pecah amanah segelintir - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 200 terkorban dalam tanah runtuh dan banjir di Sri Lanka

Bernama
Bernama
30/11/2025
13:45 MYT
Hampir 200 terkorban dalam tanah runtuh dan banjir di Sri Lanka
Angka rasmi korban akibat banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka meningkat kepada 193 pada Ahad, dengan 228 lagi masih hilang. - Foto AP/Eranga Jayawardena
COLOMBO: Angka rasmi korban akibat banjir dan tanah runtuh di Sri Lanka meningkat kepada 193 pada Ahad, dengan 228 lagi masih hilang, menurut Pusat Pengurusan Bencana, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Beberapa kejadian tanah runtuh baharu turut dilaporkan pada Ahad di kawasan tengah negara itu, manakala sebuah empangan takungan air pecah di sebuah kampung di timur laut.
Sebahagian besar kematian disebabkan kejadian tanah runtuh di daerah Kandy dan Badulla di kawasan tengah. Lebih 1 juta orang telah dipindahkan.
Hujan mulai reda selepas ribut Ditwah bergerak meninggalkan negara itu menuju ke selatan India pada Sabtu.
Pasukan mencari dan menyelamat Sri Lanka dengan bantuan pasukan dari India terus memindahkan mangsa yang terperangkap di kawasan terjejas banjir melalui udara, selain menyalurkan bahan bantuan.
Bencana itu mengakibatkan lebih 5,000 rumah musnah atau rosak sebahagiannya, jalan raya serta jambatan hanyut dan turut merosakkan talian elektrik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#tanah runtuh
#angka korban
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan