awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
Tentera Laut Diraja Arab Saudi atur kedudukan di Laut Arab bagi operasi antipenyeludupan
Saksi gambarkan suasana cemas selepas kebakaran maut di pusat peranginan Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 3,000 penerbangan dibatalkan, lebih 12,000 tertunda di seluruh dunia pada Isnin

Bernama
Bernama
28/12/2021
04:22 MYT
Hampir 3,000 penerbangan dibatalkan, lebih 12,000 tertunda di seluruh dunia pada Isnin
Wakil beberapa syarikat penerbangan, termasuk United, JetBlue dan Delta, berkata penerbangan dibatalkan berikutan kebimbangan jangkitan Omicron di kalangan kakitangan.- Gambar fail/AP
WASHINGTON: Kira-kira 3,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 12,000 mengalami kelewatan di seluruh dunia pada Isnin berikutan kebimbangan syarikat penerbangan terhadap varian coronavirus Omicron, menurut laman web penjejakan penerbangan Flightradar24, lapor Sputnik.
Meskipun dunia sedang berada di tengah musim cuti musim sejuk, sejumlah 12,528 penerbangan tertunda dan 2,959 pembatalan penerbangan dilaporkan pada Isnin. Syarikat penerbangan dan lapangan terbang di Amerika Syarikat menyumbang hampir separuh daripada semua kelewatan dan pembatalan, menurut data yang diperoleh Flightradar24.
Pada hujung minggu Krismas, pengembara udara menyaksikan jumlah gangguan penerbangan yang sama dengan 2,513 penerbangan dibatalkan pada Ahad dan 2,850 pada Sabtu.
Wakil beberapa syarikat penerbangan, termasuk United, JetBlue dan Delta, berkata penerbangan dibatalkan berikutan kebimbangan jangkitan Omicron di kalangan kakitangan.
Purata kes terkini bagi tempoh tujuh hari meningkat kepada hampir 176,000 kes sehari ketika kes varian Omicron dilaporkan semakin meningkat, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan ditangguh
#Krismas
#Omicron
#percutian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan