awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Itali positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
29/12/2022
15:30 MYT
Hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Itali positif COVID-19
Kebanyakan penumpang yang diuji positif COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala. - Gambar hiasan
KERAJAAN Itali akan membuat ujian COVID-19 mandatori untuk semua ketibaan dari China selepas hampir 50 peratus penumpang dalam dua penerbangan dari Beijing ke Milan disahkan positif virus berkenaan.
Kedua-dua pesawat dari China itu menjadi penerbangan pertama China yang dikenakan pemeriksaan COVID-19 berikutan gelombang baharu virus itu yang sedang berlaku di negara Asia itu.
"Pada penerbangan pertama, daripada 92 penumpang, 35 orang (38 peratus) positif COVID-19.
"Pada penerbangan kedua, daripada 120 penumpang, 62 penumpang (52 peratus) positif COVID-19," kata Ketua kesihatan Lombardy, Guido Bertolaso, pada sidang media pada Rabu, lapor SkyNews.
Menurut laporan pihak berkuasa Milan, kebanyakan penumpang yang diuji positif COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala.
Bagaimanapun, media tempatan Itali melaporkan bahawa kerajaan bimbang tentang kemunculan varian baharu COVID-19 di tengah-tengah peningkatan jangkitan di China.
Selain menjalankan ujian COVID-19, pihak berkuasa Milan juga akan menjalankan ujian penjujukan untuk meneliti sama ada terdapat varian baharu dalam kalangan penumpang yang didapati positif virus itu.
Topic Berkaitan
#Itali
#Milan
#penumpang dari China
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan