GAZA: Hanya enam ambulans yang masih beroperasi di seluruh Semenanjung Gaza berikutan tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel menyasarkan serangan ke atas kenderaan itu berhampiran hospital.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan pengeboman menyebabkan puluhan orang awam yang tidak bersalah meninggal dunia dan cedera, termasuk kakitangan perubatan, wanita serta kanak-kanak.
Jelasnya, pihaknya masih bergelut untuk mengendalikan beberapa perkhidmatan penting, termasuk unit rawatan rapi dan taska.
Sebelum ini, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyelar tentera Zionis yang sengaja menyasarkan ambulans di pintu masuk Hospital Al-Shifa.
Serangan ini disifatkan jenayah kejam tidak berperikemanusiaan.
Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban dalam serangan itu, manakala 26 lagi cedera.
Pertubuhan itu yang dilapor Anadolu memberi amaran bahaya keruntuhan hospital berikutan sering dijadikan sasaran, selain bekalan elektrik terputus dan kehabisan ubat-ubatan dan bahan api untuk mengendali generator.
Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, 180 wanita melahirkan anak dalam 'keadaan berbahaya dan tidak berperikemanusiaan' setiap hari di Gaza.
Dalam video yang disiarkan oleh kumpulan itu, seorang doktor cuba membantu seorang wanita melalui kelahiran dengan memberi arahan kepadanya melalui telefon.
Astro Awani
Sun Jan 14 2024
Seorang pekerja kesihatan Palestin bersedih selepas beberapa anggota Bulan Sabit Merah Palestin terkorban susulan serangan tentera rejim Zionis Israel di Deir al-Balah. - Foto REUTERS
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.