INTERNATIONAL
Harga ayam import Brazil di Chile naik susulan wabak selesema burung

Kerajaan Chile memutuskan untuk menggantung import ayam dari Brazil pada Khamis, susulan peningkatan wabak selesema burung di negara itu, menyaksikan kenaikan harga ayam. - REUTERS
SANTIAGO: Harga ayam di Chile naik selepas kerajaan memutuskan untuk menggantung import haiwan ternakan itu dari Brazil susulan peningkatan wabak selesema burung pada Khamis.
Salah seorang pengedar daging dan ayam di sebuah pasar Vega Central, Santiago, Luis Leon yang mengesahkan perkara itu mengakui terkesan dengan kenaikan harga.
"Kami baru sahaja menaikkan harga bermula hari Rabu. Jadi kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Hari ini harga dada ayam telah meningkat sebanyak 30-40%," katanya.
Dalam masa sama, para pengguna di pasar makanan Vega Central turut mengakui kesan kenaikan harga ayam."Mereka beri saya ayam lebih sedikit berbanding dengan apa yang saya bayar. Dulu saya bayar sekitar 10,000 peso (RM10.60), sekarang saya perlu tambah 3,000 peso lagi (RM3.18)," katanya.
Chile mengumumkan penggantungan import pada Sabtu selepas Brazil melaporkan kes selesema burung sekali gus memberi kesan besar kepada bekalan ayam di Chile.
Ini kerana, Brazil menyumbang 72% daripada import ayam Chile, manakala Amerika Syarikat menyumbang 25%.
Dalam masa sama, Menteri Pertanian Esteban Valenzuela berusaha meredakan kebimbangan rakyat dengan mendedahkan rundingan dengan Brazil telah pun dimulakan.
Brazil memulakan tempoh pemantauan penularan wabak selesema burung selama 28 hari pada Khamis untuk membuktikan ladang ayam di negara itu bebas daripada penyakit, selepas pihak berkuasa tempatan mengesahkan ladang yang menjadi lokasi wabak pertama telah dibasmi kuman sepenuhnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami