Skip to main content

Dunia

Harga minyak terus naik, ketidakpastian Selat Hormuz kekal

minyak, oil_AP
Kebimbangan turut dipacu oleh keadaan di Selat Hormuz, yang kekal hampir tertutup kepada laluan perkapalan komersial. - Gambar hiasan/AP

NEW YORK: Harga minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat sedikit dalam dagangan awal walaupun Washington mengumumkan lanjutan tanpa tempoh bagi gencatan senjata dengan Iran, mencerminkan ketidakpastian berterusan dalam pasaran tenaga global.

Niaga hadapan minyak mentah AS jenis West Texas Intermediate (WTI) meningkat sehingga AS$90.70 setong sebelum menyusut sedikit.

Advertisement

Setakat jam 22.15 GMT, penanda aras itu didagangkan pada AS$90.26 setong, naik 59 sen atau 0.7 peratus.

Kenaikan tersebut menyusuli lonjakan 2.8 peratus pada sesi dagangan Selasa.

Peningkatan harga berlaku ketika pelabur menilai prospek rundingan damai masa depan antara AS dan Iran, yang masih belum menunjukkan hala tuju jelas meskipun gencatan senjata dilanjutkan.

Kebimbangan turut dipacu oleh keadaan di Selat Hormuz, yang kekal hampir tertutup kepada laluan perkapalan komersial, sekali gus mengekalkan risiko terhadap bekalan minyak global.

Penganalisis berkata walaupun lanjutan gencatan senjata biasanya meredakan tekanan harga, pasaran masih mengambil kira kemungkinan peningkatan semula serta gangguan bekalan, terutamanya memandangkan Selat Hormuz merupakan laluan utama bagi sebahagian besar eksport tenaga dunia.

Sentimen berhati-hati itu menyebabkan harga minyak kekal disokong, dengan pedagang terus memantau perkembangan diplomatik serta sebarang perubahan terhadap sekatan dan keselamatan perkapalan di rantau Asia Barat.
 

Must Watch Video