awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harimau Sumatera terkena jerat babi hutan berjaya diselamatkan

Bernama
Bernama
14/08/2022
22:00 MYT
Harimau Sumatera terkena jerat babi hutan berjaya diselamatkan
Agensi itu berjaya menyelamatkan harimau betina seberat 47 kg itu daripada jerat maut yang dipasang penduduk kampung di hutan Tenggara Aceh di pulau Sumatera. -Foto ppid.menlhk.go.id
JAKARTA: Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Aceh menyelamatkan seekor harimau Sumatera, daripada perangkap yang sering digunakan untuk menjerat babi.
Agensi itu berjaya menyelamatkan harimau betina seberat 47 kilogram (kg) itu daripada jerat maut yang dipasang penduduk kampung di hutan Tenggara Aceh di pulau Sumatera.
Pusat itu menerima panggilan daripada Balai Polis Gayo Lues pada Khamis memaklumkan mengenai seekor harimau berusia lima tahun terperangkap dalam jerat yang dipasang penduduk setempat.
Operasi menyelamat dijalankan pada Jumaat untuk melepaskan kaki kiri harimau daripada jerat, kata ketua pusat itu, Agus Arianto dalam satu kenyataan.
Harimau yang cedera itu kemudian dibawa ke Pengurusan Taman Negara Kutacane di Tenggara Aceh untuk menerima rawatan intensif sebelum dilepaskan semula ke habitat asal tidak lama lagi.
Agus menyeru orang ramai supaya memelihara spesies haiwan khususnya harimau Sumatera yang kini diancam kepupusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau terperangkap
#harimau sumatera
#Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Aceh
#jerat babi hutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan