"Setelah mengambil kira kemungkinan responden untuk mengundi, 48 peratus... rakyat Amerika menyatakan mereka akan mengundi Kamala Harris, manakala 46 peratus... akan mengundi Donald Trump," menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Selasa.
Empat peratus responden memberitahu penyelidik bahawa mereka masih belum pasti mengenai calon pilihan mereka.
Apabila ditanya tentang calon yang lebih berkemungkinan memenangi pilihan raya November ini, 42 peratus memilih Harris, manakala 38 peratus menyatakan Trump lebih berpeluang untuk memenangi penggal kedua di Rumah Putih. Pada masa yang sama, 12 peratus percaya bahawa perlumbaan presiden akan menjadi "seimbang", menurut tinjauan itu.
Tinjauan itu dijalankan pada 6 Okt melibatkan 2,300 responden di Amerika Syarikat. Penyelidik tidak menyediakan margin ralat. - BERNAMA-SPUTNIK