OSAKA, JEPUN: Pada kebiasaannya, negara maju seperti Jepun yang menjadi sumber rujukan utama untuk adaptasi teknologi pendidikan yang dinamik namun lain pula jadinya apabila seorang anak muda dari Malaysia berjaya membangkitkan keterujaan yang mana negara matahari terbabit mahukan inovasi bidang tersebut yang dicipta beliau.
Siapa sangka Syed Huzaifah Syed Omar, 38, yang dulunya dikenali sebagai budak nakal di sekolah berjaya menambat hati orang Jepun yang mahukan sistem padu pendidikan diciptanya diguna pakai di sekolah negara mereka.
Sudah kita ketahui, sekolah-sekolah di Jepun telah lama diiktiraf sebagai salah satu contoh terbaik dalam penerapan nilai-nilai murni dalam sistem pendidikan mereka.
Pendekatan yang begitu cekap dalam mendidik pelajar bukan hanya menitik beratkan pembelajaran akademik malah negara matahari terbit itu juga sinonim dalam menanam nilai- nilai moral dan amalan baik sepanjang pengalaman pendidikan.
Ciri-ciri tersebutlah yang ada dalam aplikasi pendidikan StudentQR dihasilkan Syed Huzaifah. Aplikasi tersebut sangat sepadan dengan nilai pendidikan di Jepun sehinggakan badan pendidikan di negara itu mula menghubungi Syed Huzaifah bagi mendapatkan inovasi lengkap yang diciptanya.
“Saya tidak menyangka Jepun begitu berminat dengan sistem keseluruhan yang saya cipta,” kata Syed Huzaifah.
Katanya, apabila kali pertama diundang ke Jepun untuk membentangkan sistem dinamakan StudentQR itu, beliau agak skeptikal pada mulanya.
“Mungkin bagi saya, ia adalah pitching perniagaan biasa tapi tak sangka saya dihubungi semula dan badan pendidikan mahukan sistem tersebut disediakan di sekolah mereka,” katanya.
StudentQR dibuktikan berjaya dalam penggunaan kod QR yang mampu meningkatkan disiplin dalam kalangan pelajar, sekali gus melahirkan individu yang mengejar kebaikan terutama apabila berada dalam sesi persekolahan.
Sekolah yang menggunakan sistem StudentQR Points yang dibangunkan membolehkan guru memberi merit atau markah berdasarkan amalan baik pelajar di sekolah menggunakan imbasan kod QR yang dipasang pada kad ID pelajar kurang dari 5 saat.
Antara merit atau ‘point’ khas seakan memperoleh mata ganjaran ketika mengisi petrol dan sebagainya itu boleh diberikan kepada pelajar termasuk apabila pelajar terbabit membantu guru, datang awal ke sekolah, gotong-royong, menghantar kerja rumah dan sebagainya. Kesemua merit dan jumlah markah ditentukan sendiri pihak sekolah.
Manakala bebanan guru pula kini lebih ringan apabila mereka hanya perlu mengisi kehadiran dan rekod amalan baik pelajar kurang dari 5 saat tanpa perlu menyalin semula daripada kertas ke komputer di pejabat. Malah rekod pelajar boleh direkod dalam mode ‘offline’.
Bukan itu saja, ibu bapa juga boleh memantau setakat mana kemajuan anak mereka di sekolah seperti markah peperiksaan, bacaan buku, aktiviti sekolah dan sebagainya.
Kejayaan aplikasi StudentQR tidak terbatas hanya di Jepun. Sekolah-sekolah di Amerika Syarikat, Indonesia dan Australia juga telah menggunapakai aplikasi ini.
“Idea asal aplikasi ini saya fikirkan lama dulu memandangkan saya budak nakal di sekolah jadi ada satu ketika saya mengimbau kenangan-kenangan perlakuan nakal terbabit, ia mencetuskan idea StudentQR ini.
“Saya terbayang dan memikirkan solusi terbaik mengatasi masalah disiplin pelajar dan bebanan guru seperti mana yang saya alami sekolah dan tercetuslah idea ini,” katanya.
Kisah lelaki Malaysia ini adalah bukti bahawa seseorang boleh berubah dari menjadi pelajar nakal menjadi inovator yang membawa perubahan dan impak besar dalam sistem pendidikan.
Dengan aplikasi StudentQR, amalan baik menjadi lebih mudah direkodkan dan pelajar-pelajar di seluruh dunia dapat merasai kegembiraan melakukan kebaikan.
Inilah contoh bagaimana inspirasi dari pengalaman lalu dapat menjadi kayu api yang menyulut perubahan positif dalam masyarakat.
Astro Awani
Sun Jan 14 2024
Kata Syed Huzaifah, apabila kali pertama diundang ke Jepun untuk membentangkan sistem dinamakan StudentQR itu, beliau agak skeptikal pada mulanya. - Gambar Syed Huzaifah
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Harumkan nama Malaysia, aplikasi ciptaan lelaki ini tembusi sekolah-sekolah Jepun
StudentQR dibuktikan berjaya dalam penggunaan kod QR yang mampu meningkatkan disiplin dalam kalangan pelajar.