awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hashimoto tekad beri tumpuan penganjuran Sukan Olimpik ketika COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2020
21:19 MYT
Hashimoto tekad beri tumpuan penganjuran Sukan Olimpik ketika COVID-19
Seiko Hashimoto (kiri) mengadakan pertemuan dengan Yuriko Koike di Bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo, Tokyo, 18 Sept, 2020. (Foto AP)
MENTERI Olimpik Tokyo, Seiko Hashimoto tekad untuk memberi tumpuan penuh terhadap penganjuran acara Sukan Olimpik dan Paralimpik ketika dunia diancam COVID-19.
Beliau berkata, tindakan pencegahan penyebaran virus itu akan diutamakan bagi membolehkan acara berkenaan diadakan tahun hadapan.
"Satu mesyuarat membincangkan langkah-langkah berkaitan koronavirus bermula bulan ini.
"Bagi mengadakan Sukan Olimpik itu dan mengambil segala langkah berjaga-jaga yang diperlukan, saya akan terus dedikasikan diri saya dan menghargai sokongan berterusan anda," katanya.
Beliau yang baru dilantik sebagai Menteri Olimpik oleh Perdana Menteri baharu, Yoshihide Suga menerima kunjungan hormat Gabenor Tokyo, Yuriko Koike pada Jumaat.
"Untuk mengadakan sukan tersebut, anda telah menjalankan tugas sebagai Menteri Olimpik.
"Ia sesuatu yang meyakinkan apabila anda dilantik semula ke jawatan itu. Bagi mencapai matlamat, kita akan terus menyokong satu sama lain," kata Keiko.
Timbalan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), John Coates berkata, Sukan Olimpik Tokyo yang ditangguhkan akan tetap dijalankan tahun hadapan meskipun diselubungi pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#John Coates
#koronavirus
#menteri
#Olimpik
#Olimpik Tokyo
#pandemik
#Paralimpik
#presiden
#Seiko Hashimoto
#sukan
#Tokyo
#Yuriko Koike
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan