awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Bekas PTD tiba di mahkamah, berdepan dua pertuduhan AMLATFPUAA
New Zealand teruskan pencarian mangsa selepas tanah runtuh melanda tapak perkhemahan
EU akan melabur di Greenland, bangunkan peralatan pertahanan sedia Artik - von der Leyen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jururawat Jerman dipenjara mungkin dikaitkan dengan lebih 100 kematian - Pendakwa raya

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2026
23:40 MYT
Jururawat Jerman dipenjara mungkin dikaitkan dengan lebih 100 kematian - Pendakwa raya
Pihak berkuasa percaya suspek menyuntik ubat penenang dan ubat jantung tanpa kebenaran perubatan. - Gambar hiasan
BERLIN: Seorang bekas jururawat di Jerman yang kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh pesakit mungkin bertanggungjawab terhadap lebih 100 kematian tambahan, kata pendakwa raya, ketika siasatan baharu dijalankan terhadap kes-kes mencurigakan yang berlaku semasa dia bertugas.
Suspek, yang dikenali sebagai Ulrich S., disabitkan kesalahan pada November lalu atas 10 pertuduhan membunuh dan 27 cubaan membunuh selepas didapati menyuntik dos ubat maut kepada pesakit di sebuah unit rawatan paliatif di Wurselen, berhampiran Aachen.
Pendakwa raya berkata semakan lanjut terhadap rekod hospital dan corak kematian pesakit telah mengenal pasti lebih 100 kes yang dianggap mencurigakan.
Beberapa kes sedang dinilai semula, termasuk kemungkinan penggalian mayat untuk pemeriksaan forensik.
Ketua pendakwa raya awam Aachen, Katja Schlenkermann-Pitts, memberitahu BBC terdapat “sejumlah besar kes mencurigakan” yang sedang disemak.
Namun beliau menegaskan bahawa kes-kes itu masih pada peringkat syak wasangka awal dan sebahagiannya mungkin digugurkan selepas pemeriksaan forensik.
Pihak berkuasa percaya suspek menyuntik ubat penenang dan ubat jantung tanpa kebenaran perubatan, menyebabkan kegagalan organ dan kematian pesakit. Motif sebenar masih dalam siasatan.
Kes ini sekali lagi menimbulkan persoalan mengenai pengawasan hospital dan keselamatan pesakit di Jerman.
Pendakwa raya berkata pertuduhan tambahan boleh difailkan jika bukti mencukupi ditemui, walaupun tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Topic Berkaitan
#jururawat
#dos ubat maut
#suntikan
#unit rawatan paliatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan