Imam beraliran sederhana Hassan Rowhani yang dilantik sebagai presiden baharu Iran pada majlis yang berlangsung di bangunan Parlimen di sini Ahad, menekankan perhubungan dengan negara Islam harus berdasarkan "hormat menghormati, dan bukannya sekatan".
Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau turut berjanji bahawa usaha memerangi rasuah dan kesaksamaan akan menjadi agenda utama pentadbiran beliau serta memahami kehendak rakyat Iran untuk kehidupan yang lebih baik dan menikmati faedah daripada kestabilan hidup.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang tiba di ibu negara Iran dari Kuala Lumpur awal pagi ini, menyertai pemimpin-pemimpin kerajaan dari lebih 50 negara menyaksikan majlis yang berlangsung selepas pilihan raya presiden 14 Jun lepas.
Dengan sokongan kempen yang dilihat menonjolkan 'kesederhanaan dan kebijaksanaan', Rohani, 64, menang pilihan raya presiden setelah meraih 50.7 peratus atau lebih 18 juta undi daripada jumlah keseluruhan lebih 36 juta undi.
Rowhani, ketua perunding nuklear Iran antara 2003 dan 2005, menggantikan Mahmoud Ahmadinejad yang merekodkan pelbagai dasar bercanggah sepanjang lapan tahun mentadbir.
Muhyiddin ialah antara pemimpin yang menemui presiden baharu Iran itu untuk mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau di luar majlis pelantikan itu.
"Saya juga membawa mesej muhibah dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah) untuk presiden baharu itu," katanya kepada Bernama.
Timbalan perdana menteri melahirkan harapan bahawa hubungan antara Kuala Lumpur dan Tehran akan terus diperkukuh di bawah kepimpinan presiden baharu memandangkan kedua-dua negara telah lama mempunyai hubungan dalam perdagangan dan pelaburan.
"Tetapi kami percaya bahawa masih terdapat banyak prospek (dalam bidang ini) dan harapan saya ialah dasar yang lebih terbuka dan pro-perniagaan yang disebut dalam ucapan beliau (Rowhani) akan memberi pertanda baik untuk perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Iran," katanya.
Beliau turut ditanya mengenai keperluan meneruskan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Iran (JCM), yang kali terakhir diadakan di Putrajaya pada 2008, untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala.
"Saya rasa kami akan minta Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia) untuk mencari tarikh yang sesuai untuk mesyuarat, memandangkan kini presiden baharu telah dilantik," katanya.
"Dan kami berharap urusan bukan hanya sebagaimana biasa tetapi (bertukar kepada) sesuatu yang lebih positif, lebih berhasil, lebih bermanfaat untuk Malaysia dan Iran," katanya.
Malaysia membuka kedutaannya di Tehran pada 1970 manakala Iran membuka kedutaan di Kuala Lumpur pada 1981.
Mengenai pelbagai sekatan terhadap Iran yang menjejaskan ekonominya serta mewujudkan kesukaran kepada rakyatnya, Muhyiddin berkata: "Mereka (sekatan) telah mewujudkan banyak kesukaran bukan hanya kepada Iran tetapi juga banyak negara yang mempunyai hubungan dengan Iran.
Sehubungan itu, beliau berkata terdapat keperluan untuk pendekatan baharu mengenai bagaimana Iran berurusan dengan negara-negara lain dan "apa yang boleh dunia lakukan dengan Iran dalam erti kata bahawa ia mesti berdasarkan saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai sebuah negara".
Bernama
Mon Aug 05 2013
Pesawat kargo mendarat cemas di Lapangan Terbang Istanbul
Sebuah pesawat kargo Boeing 763 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Istanbul, Turki pada Rabu susulan masalah pada gear pendaratannya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kerajaan Kelantan mahu kembalikan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Perkara itu akan dibincangkan menerusi Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah pada 21 Mei ini.
Pantau Agenda Reformasi: Kajian UNICEF: Ranjau sepanjang jalan kemiskinan di KL
KPDN rampas coklat 'tiada minyak sawit' di Labuan
Peraturan berkenaan menetapkan bahawa sebarang pelabelan yang mendiskriminasi produk minyak sawit adalah dilarang.
Niaga AWANI: Pengambilalihan saham perluas rangkuman kewangan Sarawak
Pengambilalihan saham AffinBank oleh kerajaan Sarawak akan memperluas rangkuman kewangan negeri itu dan menjadikannya lebih dinamik bagi memenuhi keperluan ekosistem ekonomi semasa.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Indeks harga pengeluar perkhidmatan naik satu peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) catat 115.8 mata pada suku pertama 2024, meningkat satu peratus sama seperti suku keempat 2023.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Pasaran saham Malaysia catat prestasi terbaik di Asean
Bursa Malaysia menjadi pasaran saham terbaik di Asean dengan indeks FBM KLCI menyaksikan kenaikan dari awal tahun sehingga 7 Mei 2024 sebanyak 10.4 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Biarpun ini menandakan pemulihan yang ketara dalam usaha menangani kesan ekonomi akibat pandemik, kemiskinan masih ketara, terutamanya dalam kalangan wanita, kanak-kanak, dan individu kurang upaya (OKU).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Indeks Harga Pasir: Kebanyakan kawasan di semenanjung catat peningkatan
Indeks harga seunit pasir catat peningkatan antara 0.2 hingga 2.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia pada bulan lalu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP, semakan gaji penjawat awam mampu beri lonjakan
Pengeluaran daripada akaun 3 (akaun fleksibel) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dan kenaikan gaji kakitangan awam dijangka meningkatkan perbelanjaan swasta, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Hassan Rowhani angkat sumpah Presiden Iran yang baharu
Beliau berjanji bahawa usaha memerangi rasuah dan kesaksamaan akan menjadi agenda utama pentadbiran beliau.