GABENOR Hawaii David Ige mengisytiharkan darurat di negeri Amerika Syarikat itu selepas hujan lebat mengakibatkan banjir, gelongsoran tanah dan kemungkinan kegagalan fungsi empangan.
Reuters melaporkan, pihak berkuasa telah mengarahkan proses pemindahan ribuan penduduk dari kawasan yang diancam kenaikan paras air.
Langkah itu diambil selepas paras air di empangan di kepulauan Maui melimpah, lalu memaksa pemindahan penduduk dan memusnahkan banyak kediaman.
Keadaan empangan yang 'tidak memuaskan' itu juga sebelum ini pernah dirancang untuk dibina semula di tapak lain.
"Pengisytiharan darurat itu membolehkan dana disegerakan bagi tujuan kegunaan mereka yang terjejas akibat impak cuaca buruk ini," kata Ige.
Cuaca yang buruk dijangka berterusan sehingga Jumaat, tambah Ige, manakala amaran tentang banjir masih berkuat kuasa.
Status darurat itu merangkumi mukim Hawai'i, Maui, Kalawao, O'ahu dan Kaua'i sementara bantuan bencana dilanjutkan sehingga 8 Mei, kata pejabat gabenor dalam satu kenyataan.
Jabatan Pengurusan Bencana Honolulu telah mengarahkan orang awam supaya meninggalkan Haleiwa, iaitu sebuah kawasan yang didiami ribuan penduduk.
Media tempatan melaporkan dua orang dihanyutkan air deras pada Selasa. Salah seorang sudahpun diselamatkan oleh pihak berkuasa manakala pencarian seorang lagi mangsa diteruskan.
Di Maui, hujan lebat merosakkan jalan raya hingga memutuskan hubungan antara bandar, manakala dua buah jambatan sudah beralih dari kedudukannya.
Selain beberapa buah rumah musnah sepenuhnya, pasukan pengurusan bencana juga mendapati empangan Kaupakalua di wilayah utara Haiku dibimbangi tidak dapat menampung kapasiti air, sekali gus memaksa usaha pemindahan dan perlindungan penduduk dipercepatkan.
Agensi
Wed Mar 10 2021
Hujan lebat membawa kepada kejadian banjir, gelongsoran tanah dan juga kerosakan harta benda di beberapa kawasan di Hawaii. - Reuters
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
4 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Hawaii
Satu insiden tembakan di Honolulu County, Hawaii pada Sabtu malam mengorbankan empat orang termasuk suspek manakala dua lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.
1 maut, 2 hilang helikopter terhempas di Hawaii
Seorang disahkan maut dan dua lagi masih hilang selepas sebuah helikopter terhempas ke laut di Kauai, Hawaii pada Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Biden janji bantu mangsa kebakaran di Hawaii
Presiden AS Joe Biden pada Selasa berkata beliau akan berlepas ke Hawaii tidak lama lagi susulan tragedi kebakaran yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 99 nyawa.
Kebakaran di Maui: Pengurusan bencana dipersoal selepas angka korban mencecah 89
Kebakaran hutan di pulau Maui Hawaii telah mengorbankan 89 nyawa, manakala lebih ramai lagi dikhuatiri maut.
Angka kematian akibat kebakaran di Hawaii meningkat kepada 89
Angka kematian akibat kebakaran di Hawaii meningkat kepada 89.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kebakaran di Hawaii: Biden arah semua aset persekutuan dihantar bantu respons kecemasan
Kebakaran yang dicetuskan Taufan Dora itu menyebabkan banyak kerosakan dan ribuan penduduk di Pulau Maui terpaksa dipindahkan.
Sekurang-kurangnya enam maut kebakaran di Hawaii
Datuk Bandar Maui County, Richard Bissen, berkata enam disahkan maut dan usaha mencari masih dijalankan.
KD Lekir dalam RIMPAC bukti daya tahan aset TLDM
Kemampuannya mengharungi cabaran pelayaran dan melaksanakan setiap siri latihan tanpa gagal adalah sesuatu yang perlu dibanggakan.
Belawai mampu jadi seperti Hawaii - Premier Sarawak
Belawai, sebuah penempatan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan yang dapat menandingi pusat pelancongan luar negara, seperti Hawaii.