ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Mac 2026.
1.PM umum cuti tambahan sempena Aidilfitri
Advertisement
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan cuti tambahan sehari sempena Aidilfitri bergantung kepada sama ada pada Jumaat depan atau Isnin berikutnya.
2. Dakwaan ketua penerangan Dewan Ulamak Pas tidak berasas, ibarat "panglima kesiangan"
Dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Mohd Nor Hamzah kononnya kerajaan gagal merangka perancangan konkrit berdepan konflik Asia Barat disifatkan tidak berasas dan umpama "panglima kesiangan".
3.Dua penyelam hilang di Pulau Redang ditemukan selamat
Dua penyelam lelaki yang sebelum ini dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti itu di Pasir Akar Marine Park, Pulau Redang ditemukan dalam keadaan selamat malam tadi.
4.Zamri, Tamim dikesan berada di selatan Thailand
Penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri dikesan memasuki Thailand melalui pintu masuk di wilayah selatan negara ini pada Khamis lepas.
5.Kelantan umum 19 Mac cuti kelepasan am sempena Aidilfitri
Kerajaan Kelantan bersetuju mengisytiharkan 19 Mac (Khamis) ini sebagai Cuti Hari Kelepasan Am bagi negeri itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
6.Cuti tambahan Aidilfitri: KKM terus beroperasi 24 jam sepanjang musim perayaan - Dr Dzulkefly
Operasi di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berjalan seperti biasa sepanjang cuti Aidilfitri bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat tidak terjejas.
7. Sejumlah 191,832 penagih dadah direkodkan tahun lepas, turun 0.5 peratus - AADK
Jumlah individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan menjalani rawatan serta pemulihan di seluruh negara pada tahun lepas mencatatkan sedikit penurunan kepada 191,832 orang, berbanding 192,857 orang pada tahun sebelumnya.
8.JLKN tingkat jumlah pelatih PLKN 3.0 Siri 2 2026, tambah sebuah pusat latihan baharu
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan meningkatkan kuota pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2 2026 susulan penambahan sebuah lagi pusat latihan.
9. 'Jenayah' serius, sampai sekarang kita tak tahu siapa - Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Datuk Jeffery Low Han Chau, mahu individu atau pihak bertanggungjawab segera dikenal pasti bagi mengetahui 'rahsia' sebenar isu pemalsuan dokumen tujuh pemain Harimau Malaya.
10.Orang muda diingat jangan sebar fitnah, perang sesama sendiri - Saarani
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menasihati golongan muda atau belia supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah melalui aplikasi pesanan ringkas atau media sosial bagi memastikan keharmonian dan keamanan negara terus terpelihara.