Helikopter bawa Presiden Colombia ditembak

Bernama
Jun 26, 2021 03:55 MYT
Ivan Duque (tengah) bercakap pada sidang media di Cucuta, Colombia, 25 Jun, 2021. Bersama beliau, Menteri Dalam Negeri Daniel Palacios (kiri) dan Menteri Pertahanan Diego Molano. (Foto AP)
BOGOTA: Presiden Colombia Ivan Duque terselamat dalam satu kejadian serangan di selatan wilayah Catatumbo, lapor Agensi Berita Xinhua.
Dalam serangan itu, helikopter yang membawa beliau dan beberapa pegawai lain diserang dengan beberapa das tembakan.
Tiada yang dilaporkan cedera dalam serangan itu, kata presiden dalam satu kenyataan pada Jumaat.
-- BERNAMA
#Colombia #presiden #tembak #helikopter #serang #Ivan Duque #cedera #selamat #pegawai