INTERNATIONAL

Helikopter tentera Kanada hilang di pantai Greece

Bernama 30/04/2020 | 06:21 MYT
Kapal HMCS Fredericton dan sebuah helikopter yang terlibat dalam Operasi REASSURANCE di tengah lautan kelihatan dalam gambar yang diperoleh dari media sosial, 30 April, 2020. REUTERS
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengesahkan helikopter tentera negara itu hilang di luar pantai Greece, lapor agensi berita Sputnik.

Pada Rabu, militaire.gr melaporkan helikopter Sikorsky CH-124 Sea King, dengan enam penumpang, hilang di 52 batu nautika di barat pulau Cephalonia di Laut Ionian.

Seorang anggota tentera maut dan selebihnya masih hilang.

"Sebuah helikopter Kanada yang terlibat dalam Operasi REASSURANCE dengan sekutu NATO hilang di pantai Greece.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Pertahanan Harjit Sajjan, dan gerakan mencari serta menyelamat sedang dijalankan. Maklumat terkini akan dimaklumkan secepat mungkin,” kata Trudeau di Twitter pada lewat Rabu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut Jabatan Pertahanan operasi itu adalah operasi ketenteraan Kanada yang terbesar di luar negara, melibatkan sehingga 915 anggota.

-- BERNAMA




#Harjit Sajjan #helikopter #hilang #Justin Trudeau #Kanada #maut #NATO #operasi ketenteraan #Operasi REASSURANCE #pantai Greece #Sikorsky CH-124 Sea King #tentera