awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Helikopter terhempas, dua anggota tentera Belanda disahkan terkorban

Agensi
Agensi
20/07/2020
13:09 MYT
Helikopter terhempas, dua anggota tentera Belanda disahkan terkorban
Usaha mencari kotak hitam pesawat itu dilaporkan sukar berikutan angin kencang, arus deras dan ombak besar. Gambar Twitter @hdevreij
SEKURANG-KURANGNYA dua anggota tentera Belanda maut selepas helikopter yang dinaiki terhempas di Caribbean.
Kementerian Pertahanan Belanda memaklumkan, helikopter Angkatan Tentera Belanda itu terhempas ke laut sejurus berlepas dari pulau Aruba.
Helikopter NH-90 itu dipercayai dalam perjalanan ke pulau Curacao, pada petang Ahad, sebelum ia terjatuh 12 kilometer dari pesisir pantai Aruba, wilayah jajahan Belanda.
Ketua Angkatan Tentera Belanda, Rob Bauer, mengesahkan dua daripada empat anggota tentera yang berada dalam pesawat ketika itu terbunuh.
"Dua lagi anggota pasukan tidak mengalami kecederaan serius, namun kejadian itu adalah berita mengerikan dan menjadi kejutan kepada semua," katanya pada sidang media di The Hague, pada Isnin.
Punca kemalangan itu masih disiasat, namun pengawal penyelamat pantai dan penyelam tentera Belanda kini sedang berusaha mencari kotak hitam pesawat itu.
Menurut Bauer, usaha mencari dilaporkan sukar berikutan angin kencang, arus deras dan ombak besar, selain turut memberitahu siasatan akan dibuka.
Topic Berkaitan
#Belanda
#Carribean
#helikopter
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan