awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hezbollah melemah, parlimen Lubnan pilih presiden baharu

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2025
00:50 MYT
Hezbollah melemah, parlimen Lubnan pilih presiden baharu
Jeneral Joseph Aoun (tengah) dilihat sebagai calon terbaik bagi memegang jawatan presiden. - Foto REUTERS
BEIRUT: Parlimen Lubnan akan cuba memilih presiden baharu pada Khamis, di tengah landskap politik yang bergolak akibat perang antara Israel dan Hezbollah, serta kejatuhan sekutu kumpulan itu, Bashar Al-Assad, di Syria.
Jawatan Presiden, yang diperuntukkan kepada penganut Kristian Maronite dalam sistem pembahagian kuasa berasaskan mazhab Lubnan, kosong sejak penggal Michel Aoun berakhir pada Oktober 2022.
Tiada kumpulan dalam Parlimen 128 kerusi itu mempunyai majoriti untuk melantik calon pilihan mereka, dan perbincangan mengenai calon kompromi masih menemui jalan buntu.
Momentum dilihat memihak kepada ketua tentera, Jeneral Joseph Aoun.
Calon pilihan Hezbollah, Suleiman Frangieh, telah menarik diri daripada pencalonan dan menyatakan sokongan kepada komander tentera itu, bersama sejumlah Ahli Parlimen lain yang semakin bertambah.
Namun, Aoun, yang menurut ahli politik Lubnan mendapat sokongan Amerika Syarikat, masih kekurangan sokongan 86 undi yang diperlukan dalam pusingan pertama.
Seorang calon memerlukan 86 undi untuk menang dalam pusingan pertama atau 65 undi dalam pusingan kedua.
Pemilihan ini menjadi ujian pertama terhadap keseimbangan kuasa di Lubnan.
Pilihan raya ini berlangsung di tengah perubahan besar di Asia Barat, di mana Syria, yang dipimpin Assad, pernah mendominasi Lubnan selama beberapa dekad, sama ada secara langsung atau melalui sekutu seperti Hezbollah.
Selain Aoun, calon lain yang mendapat perhatian termasuk Jihad Azour, pegawai kanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang pernah menjadi Menteri Kewangan dan Mejar-Jeneral Elias Al-Baysari iaitu ketua Agensi Keselamatan Negara.
Lubnan, yang masih bergelut dengan kejatuhan kewangan pada 2019, amat memerlukan bantuan luar untuk proses pemulihan.
Sebahagian besar kerosakan akibat perang terletak di kawasan majoriti Syiah.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#presiden baharu
#Hezbollah
#lubnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan