awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/02/2026
02:20 MYT
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Mangsa kru warga India yang cedera diselamatkan Maritim Perak, di perairan Lumut. - Foto Maritim Perak.
IPOH: Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac) telah berjaya menyelamatkan seorang kru kapal dagang yang cedera selepas terjatuh di atas kapal kira-kira 3.9 batu nautika barat daya Pulau Dua, semalam.
Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, Pusat Operasi Maritim (POMAR) Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 10.52 pagi yang memaklumkan seorang kru lelaki warga India berusia 54 tahun mengalami kecederaan pada kaki, leher dan muka di atas kapal MV ARTENOS akibat terjatuh.
Menurutnya, susulan maklumat itu, bot PERKASA 1223 segera diatur gerak ke lokasi sebelum mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat ke daratan.
“Mangsa dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh dan diserahkan kepada pasukan ambulans untuk rawatan lanjut di Hospital Pantai Seri Manjung,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad Shukri menegaskan, setiap panggilan kecemasan di laut akan diberi keutamaan tanpa mengira lokasi atau kewarganegaraan mangsa.
“Kecekapan anggota dan kesiapsiagaan aset membolehkan bantuan disalurkan segera. Keselamatan nyawa di laut sentiasa menjadi keutamaan Maritim Malaysia,” ujarnya.
Beliau menasihatkan komuniti maritim agar segera melaporkan sebarang kecemasan melalui talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil.
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#kru kapal dagang
#cedera
#MV ARTENOS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan