awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan
Goodday KidSTART 3.0 cetus gelombang usahawan cilik nasional
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hillary Clinton disahkan sihat untuk berkhidmat sebagai Presiden AS

Agensi
Agensi
15/09/2016
04:07 MYT
Hillary Clinton disahkan sihat untuk berkhidmat sebagai Presiden AS
Clinton dilaporkan sedang berehat dan semakin sembuh dari penyakit pneumonia yang menyerangnya awal Ahad lalu. - Foto AFP
Calon presiden Amerika Syarikat Parti Demokrat Hilary Clinton disahkan sihat dan bersedia secara fizikal untuk menjadi presiden ke-45 negara itu.
Clinton dilaporkan sedang berehat dan semakin sembuh dari penyakit pneumonia yang menyerangnya awal Ahad lalu.
Pasukan kempen Clinton mengeluarkan laporan kesihatan bekas wanita pertama Amerika Syarikat itu pada Rabu.
Menurut laporan tersebut, ujian kesihatan fizikal dan mental Clinton dilakukan doktor peribadinya dan menunjukkan beliau berada dalam keadaan normal.
Ketua Penulis Perubatan Associated Press (AP) Marilyn Marchione berkata, setakat ini, tiada sebarang isyarat bahawa Clinton mengalami apa-apa masalah kesihatan.
"Menurut laporan kesihatan tersebut, Setiausaha Clinton sedang menjalani rawatan antibiotik dan sedang pulih dari jangkitan pneumonia. Setakat ini, tiada sebarang isyarat bahawa beliau mempunyai masalah jantung atau mana-mana masalah kesihatan yang lain.
“Secara kesuluruhannya, Clinton memang sihat dan ini dipersetujui pakar perubatan dari luar,” katanya.
Kesihatan mental Clinton juga dilaporkan sebagai sangat baik.
Calon Timbalan Presiden dari Parti Demokrat Senator Tim Kaine juga mengeluarkan laporan kesihatannya bersama Clinton.
Topic Berkaitan
#Demokrat
#Hillary Clinton
#pneumonia
#presiden as
#sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan