awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hillary Clinton 'satu-satunya' layak jadi presiden - Michelle Obama

AFP
AFP
26/07/2016
05:34 MYT
Hillary Clinton 'satu-satunya' layak jadi presiden - Michelle Obama
Wanita Pertama Amerika Syarikat Michelle Obama berucap pada Hari Pertama Konvensyen Demokratik Kebangsaan di Pusat Wells Fargo di Philadelphia, Pennsylvania, 25 Julai, 2016. - Foto AFP
Wanita Pertama Amerika Syarikat Michelle Obama pada Isnin memberitahu konvensyen Demokratik di Philadelphia, Hillary Clinton merupakan satu-satunya calon yang bersedia untuk menjadi Presiden, sambil beliau mencemuh kelakuan dan perangai Donald Trump.
"Dalam pilihan raya ini, hanya ada seorang yang saya percaya untuk memegang tanggungjawab ini, hanya seorang yang saya percaya benar-benar layak menjadi presiden Amerika Syarikat, dan beliau ialah kawan kita, Hillary Clinton," katanya, menerima tepukan gemuruh dari hadirin.
“Dalam pilihan raya ini, saya bersama dia.”
Obama menggambarkan setiausaha negara pertama suaminya sebagai seorang ahli politik yang kompeten dan mempunyai azam yang tinggi, serta tidak membuat “keputusan terburu-buru.”
“Anda tidak boleh cepat terasa atau cepat melenting. Anda perlu jadi seorang yang stabil, tenang dan serba tahu,” katanya.
Beliau juga membangkitkan bagaimana Clinton tidak marah atau kecewa apabila kalah kepada Barack Obama untuk menjadi calon presiden bagi Demokratik pada tahun 2008.
"Sebagai seorang penjawat awam sebenar, Hillary tahu semua ini lebih besar daripada keinginan dan kekecewaannya sendiri."
Wanita Pertama itu juga kelihatan sebak apabila menyentuh mengenai masa depan dua anak perempuannya.
"Disebabkan oleh Hillary Clinton, anak perempuan saya dan semua anak lelaki dan anak perempuan kita sekarang percaya yang seorang wanita boleh menjadi presiden Amerika Syarikat."
Beliau turut menyindir Trump, calon Republikan yang kempennya mempunyai slogan "Make America great again" (Jadikan Amerika hebat semula).
"Jangan benarkan sesiapa pun kata kepada anda yang negara ini tidak hebat," katanya. "Sebab, buat masa ini, negara inilah yang paling hebat dalam dunia."
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Hillary Clinton
#Michelle Obama
#pilihan raya presiden amerika syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan