awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki didera pengasuh
Jabatan Negara AS keluar amaran perjalanan, gesa rakyat segera tinggalkan Iran
Sidang Jepun–Korea Selatan diakhiri sesi drum K-pop
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong: Angka korban kebakaran menara meningkat kepada 128, siasatan rasuah dilancar

Agensi
Agensi
28/11/2025
22:20 MYT
Hong Kong: Angka korban kebakaran menara meningkat kepada 128, siasatan rasuah dilancar
Kebakaran yang bermula Rabu lalu pantas merebak ke tujuh daripada lapan blok setinggi 32 tingkat yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian. - Gambar AP
HONG KONG: Sekurang-kurangnya 128 mangsa disahkan terkorban manakala 200 lagi masih hilang selepas kebakaran besar melanda kompleks pangsapuri Wang Fuk Court di daerah Tai Po, menjadikannya tragedi kebakaran terburuk di Hong Kong dalam tempoh hampir 80 tahun.
Operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan, namun pihak berkuasa memberi amaran angka korban mungkin meningkat.
Kebakaran yang bermula Rabu lalu pantas merebak ke tujuh daripada lapan blok setinggi 32 tingkat yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian.
Ketua Keselamatan Hong Kong, Chris Tang memaklumkan, sistem penggera kebakaran di kompleks berkenaan tidak berfungsi dengan baik.
Lebih 4,600 penduduk tinggal di kawasan itu yang ketika kejadian dilitupi perancah buluh (struktur sementara) dan jaring hijau untuk kerja pengubahsuaian.
Siasatan rasuah dan penahanan baharu
Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kemungkinan rasuah dalam projek pengubahsuaian tersebut.
Lapan individu termasuk perunding kejuruteraan dan subkontraktor perancah telah ditahan.
Sehari sebelumnya, polis menahan dua pengarah dan seorang perunding syarikat Prestige Construction atas tuduhan menyebabkan kematian akibat penggunaan bahan tidak selamat seperti papan buih mudah terbakar.
Mangsa dan kesan tragedi
Setakat ini, hanya 39 daripada 128 mangsa dikenal pasti. Lebih 79 orang cedera termasuk 12 anggota bomba.
Penduduk yang terselamat, kebanyakannya warga emas, dilihat kembali ke lokasi untuk meninjau kediaman yang musnah, manakala keluarga mangsa menunggu berita di pusat pengecaman mayat.
Antara mangsa yang masih hilang termasuk 19 pekerja domestik dari Filipina, sementara dua warga Indonesia disahkan terkorban.
Hong Kong mempunyai kira-kira 368,000 pekerja domestik, kebanyakannya wanita dari negara Asia berpendapatan rendah.
Bantuan dan tuntutan siasatan bebas
Ratusan sukarelawan menggerakkan bantuan termasuk makanan panas dan keperluan asas kepada penduduk yang dipindahkan.
Di stesen kereta api berhampiran, risalah diedarkan menuntut siasatan bebas terhadap kecuaian pengawalseliaan dan keselamatan kerja renovasi.
Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee mengumumkan dana HK$300 juta (AS$38.5 juta) untuk membantu mangsa, selain sumbangan daripada syarikat-syarikat besar China. - Agensi
Topic Berkaitan
#Hong Kong
#kebakaran kompleks kediaman
#pangsapuri terbakar
#Wang Fuk Court
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan