awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Kong haramkan penjualan gading gajah

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2018
21:39 MYT
Hong Kong haramkan penjualan gading gajah
Aktivis haiwan liar memuji tindakan diambil pentadbiran di Hong Kong, yang merupakan pasaran gading gajah terbesar dunia - Foto pexels.com
Hong Kong meluluskan pindaan undang-undang untuk mengharamkan urusniaga jual beli gading gajah, tindakan tegas yang disifatkan satu talian hayat untuk haiwan berkenaan.
Dalam satu pengundian di parlimen, 49 perwakilan mengundi menyokong untuk meminda undang-undang sedia ada bagi mengharamkan penjualan gading gajah dalam wilayah China menjelang 2021.
Empat perwakilan bagaimanapun menentang usul berkenaan.
Cadangan itu turut merangkumi penalti lebih ketat bagi mengekang penyeludupan gading gajah serta spesis yang diancam kepupusan.
Di bawah undang-undang baru, hukuman denda maksimum bagi kesalahan menjual gading gajah dinaikkan kepada AS$1.3 juta, sekali ganda daripada denda sedia ada, dengan penjara 10 tahun, berbanding dua tahun sebelum ini.
Aktivis haiwan liar memuji tindakan diambil pentadbiran di Hong Kong, yang merupakan pasaran gading gajah terbesar dunia.
Larangan sama sudah dilaksanakan di tanah besar China awal tahun ini.
Ia menyusul penutupan kilang dan kedai jualan gading gajah Mac tahun lalu.
Undang-undang Hong Kong sedia ada sebelum ini membenarkan penjualan gading gajah, sebelum pewartaan Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Flora dan Fauna yang diancam kepupusan (CITES).
Di bawah CITES kawal selia penjualan gading gajah hanya bermula sekitar 1970-an, sebelum larangan sepenuhnya di peringkat antarabangsa pada 1990.
Larangan penjualan gading gajah akan berkuatkuasa secara berperingkat sehingga 2021, selepas lesen peniaga tamat sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#cites
#gading gajah
#Hong Kong
#Parlimen
#penalti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan