GAZA: Dianggarkan seramai 1,700 penduduk di Gaza didiagnosis dengan kanser saban tahun.
Memetik laporan TRT News, 40 peratus daripada pesakit tidak mendapat akses menjalani rawatan di luar negara menyebabkan ratusan kematian meskipun boleh dielakkan sejak 15 tahun lalu.
Dalam pada itu, sebuah inisiatif dilakukan dengan pembinaan Hospital Sahabat Palestin-Turki yang membuka pintu kepada pesakit kanser sekali gus bertindak sebagai ‘talian hayat’ untuk ramai pesakit sejak tahun 2020.
Pengarah Hospital Sahabat Palestin-Turki, Sobhi Skaik memaklumkan hospital ini menyediakan rawatan perkhidmatan kemoterapi, pembekalan produk darah serta penjagaan paliatif. Ia adalah isu penting untuk menyediakan penjagaan paliatif dan sokongan psikologi sebanyak mungkin.
“Salah satu masalah utama masih dihadapi oleh pesakit kanser di sini ialah ketiadaan radioterapi. Ramai warga Gaza dilarang melakukan perjalanan untuk mendapatkan rawatan tetapi pegawai tempatan bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk membina pusat radioterapi di sebelah hospital,” katanya.
Pesakit kanser, Aya Al Zeer memberitahu dia disahkan menghidap kanser payudara pada 2022 dan menerima rawatan kemoterapi.
“Sekarang saya sedang menunggu pemindahan sumsum. Saya berterima kasih kepada Hospital Turki dan kakitangan yang bekerja di sini terutamanya doktor dan jururawat dan saya berharap hospital ini akan menerima lebih banyak sokongan," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pesakit kanser, Moamen Abu Arajb memberitahu perkhidmatan di hospital itu adalah terbaik yang mana dia sentiasa menerima rawatan diperlukan tepat pada masanya.
Sekatan di Gaza telah merosakkan banyak infrastruktur hospital di sana. Meskipun hospital ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan tetapi ia akan membantu meringankan sedikit penderitaan.
Difahamkan, hospital ini berkeluasan 34,800 meter persegi, dibina dengan lapan blok bersambung, empat bilik bedah, unit rawatan rapi, makmal dan 104 bilik pesakit. Ia juga mempunyai akses kepada golongan profesional Turki apabila diperlukan.
Faida Rahim
Tue Nov 15 2022

Meskipun hospital ini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan tetapi ia akan membantu meringankan sedikit penderitaan. Gambar/YOUTUBE/TRT WORLD

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

COVID-19: KKM teliti tujuh indikator sebelum perketat SOP - Dr Noor Hisham
Sekiranya data menunjukkan peningkatan di semua indikator, maka KKM akan melihat tindakan susulan.

COVID-19: Varian baharu 'Kraken' mula ancam dunia
Kes membabitkan varian XBB.1.5 yang dikenali sebagai "Kraken" itu melonjak ke seluruh negara dan dikesan di sekurang-kurangnya 31 negara lain.

COVID-19: Tahap waspada rendah boleh wujudkan varian berbahaya - WHO
Jurang dalam ujian saringan dan vaksinasi terus mewujudkan keadaan yang sempurna untuk varian baharu muncul yang boleh menyebabkan kematian yang ketara.

Hospital Sahabat Palestin-Turki 'talian hayat' buat ribuan pesakit kanser di Gaza
Dianggarkan seramai 1,700 penduduk di Gaza didiagnosis dengan kanser setiap tahun.

81 meninggal dunia akibat wabak taun terbesar
Kes wabak taun dilaporkan semakin meningkat di Syria selepas meragut 81 nyawa sejak Ogos hingga Oktober lalu.

Perangi Malaria, saintis hasilkan antibodi buatan makmal
Sebuah kajian baharu di Afrika mendapati pemberian sekali dos ubat eksperimen melindungi orang dewasa daripada penyakit malaria sekurang-kurangnya dalam enam bulan.

Tanpa aktiviti fizikal, 500 juta orang berisiko hadapi penyakit jantung, obesiti - WHO
WHO memberi amaran bahawa antara 2020 dan 2030 hampir setengah bilion orang dikhuatiri akan menghidap penyakit jantung, obesiti, diabetes atau penyakit tidak berjangkit.

Eropah 'diserang' gelombang COVID-19 baharu
Sebuah lagi gelombang jangkitan COVID-19 berkemungkinan bermula di Eropah apabila kes mula mula menunjukkan peningkatan di seluruh rantau ini.

WHO beri amaran COVID-19 belum berakhir, gesa tindakan selamatkan nyawa
WHO menggesa supaya penyelarasan tindakan dan komitmen politik dibuat bagi menyelamatkan nyawa serta mencegah kemerosotan ekonomi serta kesihatan akibat pandemik semasa.

Peralihan ke Fasa Endemik COVID-19 masih dalam pertimbangan - Khairy
Keputusan pengisytiharan endemik oleh WHO, kata Khairy, mengambil kira setiap aspek bagi pastikan kemaslahatan masyarakat secara menyeluruh.