'Penduduk masih tunggu pampasan' - Johari gesa pemaju utamakan rumah penduduk Kampung Sungai Baru

Johari (tengah) menekankan kepentingan agar pemaju dan DBKL mendahulukan pembinaan pangsapuri untuk penduduk Sungai Baru serta memelihara warisan Kampung Bharu. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Ahad mengingatkan pemaju pembangunan semula Kampung Sungai Baru serta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengutamakan pembinaan dua blok pangsapuri untuk penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu.
Ringkasan AI
- Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, menyeru pemaju dan DBKL untuk memberi keutamaan kepada pembinaan dua blok pangsapuri kepada penduduk Kampung Sungai Baru sebelum projek pembangunan lain dilaksanakan.
- Johari menegaskan pentingnya pemaju memenuhi janji pampasan kepada penduduk yang telah berpindah dengan menyediakan rumah baharu seperti yang dijanjikan.
- Beliau menekankan bahawa penduduk Kampung Baru perlu diberikan kebebasan untuk memilih sama ada untuk memajukan tanah mereka atau mengekalkan kediaman sedia ada tanpa sebarang tekanan.
“Jadi saya harap dengan program pecah tanah yang dilakukan baru-baru ini, saya harap pemaju yang akan bina rumah ini dapat bawa kembali mereka (penduduk) yang sudah pindah keluar sejak lapan tahun ini, (dan rumah) dapat disiapkan dalam waktu yang dijanjikan.
“Ini kerana ramai penduduk di sini yang duduk di kawasan Sungai Baru dah pindah, tapi tak dapat pampasan. Dia harapkan rumah itu sebagai pampasan. Kalau rumah tak siap, dia jadi masalah,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Citrawarna Kampong Bharu 125 Tahun di Pintasan Saloma, di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Johari menegaskan, penduduk Kampung Bharu wajar diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membuat keputusan sama ada mahu memajukan tanah milik mereka atau mengekalkan kediaman sedia ada.
Pilihan itu, katanya lagi, perlu hadir tanpa sebarang tekanan atau paksaan daripada mana-mana pihak bagi memastikan hak dan kepentingan pemilik tanah terus dihormati.
“Kampung Bharu bukan sekadar kawasan penempatan, ia adalah aset warisan yang tidak ternilai. Kita perlu memelihara, menghidupkan semula, dan menonjolkan nilai sejarah serta identiti uniknya.
"Inilah konsep penjenamaan semula yang sebenar – bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi usaha memartabatkan warisan dan budaya yang menjadi nadi kawasan ini,” katanya.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah amaran yang diberikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada pemaju dan DBKL berkenaan pembangunan Kampung Sungai Baru? A: Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengingatkan pemaju dan DBKL untuk mengutamakan pembinaan dua blok pangsapuri kepada penduduk kawasan itu dahulu sebelum pembangunan lain.
- Q: Mengapa penduduk Kampung Sungai Baru masih tertunggu pampasan yang dijanjikan walaupun telah berpindah? A: Penduduk yang telah berpindah masih menunggu pampasan, terutamanya rumah baharu, yang dijanjikan setelah berpindah demi pembangunan.
- Q: Apa yang disebut oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkenaan kebebasan penduduk Kampung Baru dalam membuat keputusan mengenai tanah milik mereka? A: Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa penduduk Kampung Baru patut diberikan kebebasan sepenuhnya untuk memilih sama ada memajukan tanah milik mereka atau mengekalkan kediaman sedia ada tanpa tekanan daripada pihak lain.
- Q: Apakah konsep penjenamaan semula yang diutarakan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkenaan Kampung Baru? A: Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan bahawa penjenamaan semula Kampung Baru melibatkan usaha memartabatkan warisan, budaya, dan identiti unik kawasan tersebut bukan sekadar pembangunan fizikal semata-mata.
- Q: Apakah pesanan terakhir yang disampaikan oleh Datuk Seri Johari Abdul Ghani kepada pemaju dan DBKL berkenaan Kampung Sungai Baru? A: Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa pemaju dan DBKL perlu memastikan penduduk yang berpindah keluar sejak lapan tahun lalu menerima pampasan yang dijanjikan dan rumah baharu disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

