Skip to main content

Dunia

Hotel 12 tingkat di London terbakar

41528301511_Knightsbridge.jpg
Sebuah hotel terkemuka di Knightsbridge, di sini dilapor terlibat dalam satu kebakaran besar.

Menurut laporan media tempatan, sejumlah 120 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Jurucakap bomba dan penyelamat London berkata tiada maklumat tentang jumlah mangsa yang terperangkap atau berjaya dikeluarkan dari bangunan itu.

Punca kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.55 petang waktu tempatan itu masih dalam siasatan.

Anggota bomba dari Kensington, Hammersmith, Battersea dan Chelsea turut dikejarkan bagi memadam api yang marak di hotel 12 tingkat itu.

Laluan berhampiran lokasi kejadian ditutup bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat. 


Advertisement

Must Watch Video