Skip to main content

Politik

PRN Johor: 15 calon Bersama isytihar harta secara akuan bersumpah

Bersama juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah tempoh kempen berakhir. - Gambar fail
Bersama juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah tempoh kempen berakhir. - Gambar fail
Advertisement

JOHOR BAHRU: Kesemua 15 calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan mengisytiharkan penyata harta, pendapatan dan perbelanjaan secara Akuan Bersumpah (SD).

Bersama dalam kenyataan memaklumkan calon juga akan menandatangani empat aku janji secara SD dan satu surat peletakan jawatan secara bersyarat termasuk aku janji bersetuju dengan bon penalti RM2 juta sekiranya melanggar perjanjian tidak lompat parti.

“Perincian mengenai penyata harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan setiap calon akan dimuat naik ke laman sesawang Bersama untuk akses orang ramai bermula 10 malam esok,” menurut kenyataan itu. 

Advertisement

Selain pengisytiharan harta calon, Bersama juga akan mengisytiharkan penyata perbelanjaan dan sumber dana kempen PRN Johor setelah tempoh kempen berakhir.

Bersama memaklumkan majlis pengumuman calon bagi PRN Johor akan diadakan pada 8 malam esok di ruang parkir Paragon Market Place di sini.

Advertisement

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement