KAHERAH: Pemberontak Houthi di Yaman mendakwa, pihaknya menyertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi, menyasarkan empat kapal di pelabuhan Haifa di utara Israel.
Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen, jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree menegaskan, kedua-dua kumpulan itu melancarkan serangan dron ke atas dua kapal tangki simen dan dua kapal kargo di pelabuhan Haifa pada Sabtu.
Kata jurucakap itu, kapal berkenaan milik syarikat yang 'melanggar larangan memasuki pelabuhan Palestin yang didudukinya.'
Bagaimanapun, sehingga kini, tentera Israel belum memberi maklum balas segera, walaupun awal bulan ini menafikan dakwaan sama oleh Houthi.
Menurut Saree, Houthi menyerang Express Shorthorn di Mediterranean menggunakan dron sebagai sebahagian daripada strategi kumpulan itu untuk mengganggu perkapalan di laluan laut utama, sebagai solidariti dengan rakyat Palestin dalam perang di Gaza.
"Kedua-dua operasi itu berjaya mencapai objektif dan serangan itu kena tepat pada sasaran," katanya.
Dalam perkembangan sama, tiada pengesahan mengenai serangan terbabit dan Reuters juga tidak dapat mengesahkan dakwaan itu.
Houthi yang bersekutu dengan Iran, pertama kali melancarkan serangan dron dan peluru berpandu di laluan perkapalan itu pada November.
Dalam berpuluh-puluh serangan, mereka sudah menenggelamkan dua kapal, merampas sebuah lagi dan membunuh sekurang-kurangnya tiga kelasi. - Reuters
Agensi
Sat Jun 22 2024
Awal minggu ini, Houthi mengeluarkan rakaman serangan ke atas MV Tutor milik Greek di Laut Merah. - Gambar ihsan Pusat Media Houthi melalui Reuters
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa
Houthi dakwa sertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi.
Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang menyebabkan kapal True Confidence terbakar di sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
Houthi sasar dua kapal pemusnah AS
Kapal-kapal itu disasarkan dengan teknologi ketenteraan, serangan beberapa peluru berpandu dan dron tentera laut.
Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar
Banyak syarikat perkapalan komersial telah mengalihkan kapal dari laluan perkapalan penting itu.