BEIJING: Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) telah memulakan ujian bersepadu di landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung pada Isnin.
Ujian itu menandakan bahawa pembinaan HSR berkenaan sudah pun mencapai kemajuan besar, sekali gus menyediakan asas kukuh bagi keseluruhan operasinya pada masa depan.
Menurut wakil CRI, ujian bersepadu bertujuan untuk memastikan tren dapat beroperasi dengan selamat dan stabil, selain merupakan ujian ketat dan pengubahsuaian kelengkapan sebelum HSR itu beroperasi secara rasmi.
"Ujian secara telilti akan dijalankan terhadap fungsi landasan, pembekalan tenaga, katenari, telekomunikasi, isyarat dan amaran awal supaya memenuhi pelbagai keperluan yang sudah direka bentuk serta operasi," katanya.
Sejak dimulakan pada 9 Jun 2018, pembinaan HSR Jakarta-Bandung dijalankan secara teratur dan lancar dengan galakan pemimpin tertinggi China dan Indonesia dan usaha gigih pengendali kedua-dua negara.
Projek landasan sejauh 142 kilometer menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu dan mempunyai kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.
Sebaik projek itu siap kelak, perjalanan dari Jakarta ke Bandung hanya akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.
Projek berkenaan bukan sahaja akan memacu pembangunan sosioekonomi di sepanjang landasan itu, tetapi juga amat penting bagi meningkatkan kerjasama pragmatik China-Indonesia, memperkasakan pembangunan bermutu tinggi BRI serta pelaksanaan strategi "titik tumpu maritim global" yang dikemukakan oleh Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Ujian itu menandakan bahawa pembinaan HSR berkenaan sudah pun mencapai kemajuan besar. - Fail/CCTV
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
MyHSR Corp lanjut tarikh akhir serahan RFI HSR KL-Singapura hingga 15 Jan, 2024
Ini berikutan permintaan daripada pemain industri antarabangsa dan tempatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Menteri Luar Singapura: Tiada perbincangan hidupkan semula HSR semasa lawatan rasmi ke Malaysia
Kedua-dua kerjaan beri tumpuan kepada RTS, Sistem Transit Rapid yang akan menghubungkan Johor ke Singapura.
Projek HSR mungkin diteruskan, Johor sedia untuk bekerjasama
Kerajaan negeri akan memutuskan jenis kerjasama selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) mula mengusahakan kebolehlaksanaan projek itu.
Jawatankuasa khas cadangan projek HSR Bangkok-KL ditubuhkan
Satu jawatankuasa khas bagi membincangkan secara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal cadangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HRS) Bangkok-Kuala Lumpur akan ditubuhkan.
Rundingan HSR selepas ini diketuai Kementerian Pengangkutan
Sejak 2013, semua rundingan mengenai projek HSR diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
HSR: Malaysia bayar pampasan RM320 juta pada Singapura
Kedua-dua negara terbabit telah mencapai persetujuan berhubung jumlah tersebut susulan proses verifikasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
Malaysia jangka terima tuntutan pampasan penamatan projek HSR dari Singapura akhir Januari
Setakat ini, kerajaan tidak komited atau memuktamadkan sebarang projek termasuk spekulasi bahawa projek kereta api laju Kuala Lumpur-Johor Bahru bagi menggantikan HSR KL-Singapura.
Pembatalan HSR: Malaysia jangka pampasan lebih rendah daripada S$270 juta - Mustapa
Mustapa menjangkakan pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura susulan pembatalan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura jauh lebih rendah.
Projek HSR: Pampasan, KL-JB, kerugian? - Ini penjelasan Tok Pa
Sebarang angka mengenai pampasan yang disebutkan oleh mana-mana pihak merupakan spekulasi semata-mata.
Kerajaan digesa beri tumpuan pada lokasi stesen HSR susulan pembatalan projek
Ini kerana penduduk di lokasi tersebut pastinya sudah menjangkakan pulangan bisnes daripada projek itu.