awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Huawei saman kerajaan Amerika Syarikat

Agensi
Agensi
07/03/2019
11:25 MYT
Huawei saman kerajaan Amerika Syarikat
Huawei menfailkan saman terhadap Amerika Syarikat kerana menyekat perniagaannya untuk berkembang dalam pasaran global. - Gambar fail/REUTERS
Syarikat telekomunikasi China, Huawei menfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa menyekat perniagaannya untuk berkembang dalam pasaran global.
Menurut portal berita CNA, AS telah melarang teknologi Huawei di negara itu dan mendakwa syarikat itu menjalankan perniagaan yang tidak mengikut perlembagaan yang ditetapkan.
Berikutan dakwaan tersebut, Huawei menyatakan rasa tidak puas hati dan bertindak menyaman kerajaan Amerika Syarikat.
Tuntutan itu menandakan konfrontasi terbaru antara China dan Amerika Syarikat apabila Huawei menfailkan aduan di mahkamah persekutuan di Texas yang menentang Akta baharu yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ogos lalu iaitu Seksyen 889 Akta Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA).
Akta ini melarang mana-mana agensi kerajaan AS termasuk kontraktor mereka untuk memperoleh dan menggunakan produk Huawei.
Timbalan Pengerusi Huawei, Guo Ping dalam kenyataannya berkata, sekatan terhadap produk Huawei berkali-kali gagal kerana Kongres Amerika Syarikat sehingga kini tidak menjumpai sebarang bukti dan ini memaksa mereka untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Larangan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi juga menyekat Huawei daripada terlibat dalam persaingan yang adil dan mengancam pengguna Amerika Syarikat. Kami menantikan keputusan mahkamah," ujar beliau.
Menurut Huawei dalam tuntutan di mahkamahnya, peralatan dan perkhidmatannya tertakluk di bawah prosedur keselamatan yang canggih dan tidak mempunyai kelemahan atau jalan belakang yang mampu mengancam keselamatan seluruh pengguna lebih daripada 170 negara yang menggunakan produk mereka.
Topic Berkaitan
#ancam keselamatan
#Huawei
#Huawei menfailkan saman terhadap Amerika Syarikat
#Huawei saman Amerika
#Huawei suing US government
#kerajaan Amerika Syarikat
#Syarikat Telekomunikasi China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan