Filem animasi ‘Stand by Me Doraemon’ kuasai carta China dengan kutipan sebanyak $14.3 juta (RM52.8 juta) pada minggu lepas.

Dalam kutipan box office secara kesuluruhan yang berkurangan, 'Doraemon' sahaja yang mendapat keuntungan melebihi $5 juta (RM18.46 juta).

Selepas empat hari, filem Doraemon berkenaan ditayangkan sebanyak 49,137 kali dengan 2.5 jumlah penonton.

Menurut majalah The Hollywood Reporter, selain kutipan yang memberangsangkan, ia juga simbolik kerana ini merupakan tayangan filem Jepun pertama di China dalam tempoh tiga tahun.

Sejak 2012, hubungan China dan Jepun semakin dingin oleh kerana isu kepulauan di Laut China Timur. Kali terakhir filem Jepun ditayangkan di China adalah pada tahun yang sama menerusi filem 'Ultraman'.

The Hollywood Reporter turut melaporkan, ‘Avengers: Ace of Ultron ‘ menduduki tangga kedua dengan kutipan $3.85 juta (RM14.22 juta) dan Tomorrowland dengan kutipan $2.84 juta (RM10.49 juta).

Filem Bollywood ‘PK’ turut tidak terkecuali dalam senarai box office China dengan kutipan $1.4 juta (RM4.8 juta) minggu lepas.