awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Malaysia-Indonesia tambah erat dalam setahun pemerintahan Anwar

Bernama
Bernama
25/11/2023
06:00 MYT
Hubungan Malaysia-Indonesia tambah erat dalam setahun pemerintahan Anwar
Haedar menekankan konsep Malaysia Madani yang dibawa oleh perdana menteri wajar dicontohi kerana ia selari dengan ajaran Islam. - Gambar/ Bernama
JAKARTA: Hubungan Indonesia-Malaysia bertambah erat sepanjang setahun pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dalam usaha menyatukan ummah di kedua-dua negara serta rantau ASEAN, kata Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam tertua di Indonesia.
"Hubungan Malaysia-Indonesia amat penting untuk memacu dan membentuk keseimbangan di rantau ini dan di dunia Islam," kata pengerusi kepimpinan pusat pertubuhan itu, Prof Haedar Nashir dalam ucapan tahniah kepada Anwar.
Dalam mesej video yang disiarkan Republikatv, Haedar menekankan konsep Malaysia Madani yang dibawa oleh perdana menteri wajar dicontohi kerana ia selari dengan ajaran Islam.
"Malaysia Madani selari dengan visi Muhammadiyah untuk mewujudkan Al-Madinah Al-Munawwarah, sebuah peradaban Islam yang maju dalam era moden abad ke-21," katanya.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov 2022.
Beliau menyoroti sokongan dan kerjasama Anwar dengan gerakan dan pertubuhan Islam, termasuk Muhammadiyah bagi mendapatkan pandangan dan memastikan perkembangan berterusan dakwah Islam.
"Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan limpah kurnia-Nya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan amanah," tambah Haedar.
Ditubuhkan pada 1912 di Yogyakarta, Muhammadiyah merupakan antara pertubuhan Islam yang terbesar dari segi jumlah ahli di Indonesia yang majoriti penduduknya beragama Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Indonesia
#hubungan erat
#Muhammadiyah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan