Dewan Perwakilan Rakyat Aceh awal hari ini sebulat suara mengesahkan undang-undang jenayah Islam yang turut terpakai ke atas orang bukan Islam, lapor BBC Indonesia.
Undang-undang yang dinamakan Kanun Jenayah itu diluluskan dalam sidang khas yang bermula pada Jumaat malam dan berlarutan sehingga pukul 4 pagi Sabtu waktu Malaysia.
Sidang itu disertai oleh tidak sampai separuh daripada keseluruhan 69 orang wakil rakyat. Namun semua wakil empat fraksi yang menganggotai dewan perundangan itu dalam ucapan mereka menyatakan sokongan padu.
Jurucakap Fraksi Partai Aceh, Muhammad Harun yang membaca pandangan akhir pihaknya berkata parti itu setuju dan sepakat agar rang undang-undang itu diluluskan.
"Undang-undang jenayah merupakan sebahagian daripada pelaksanaan syariat Islam di Aceh. Kanun ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan tegaknya syariat Islam secara kaffah (menyeluruh) di bumi Serambi Mekkah,” katanya seperti dipetik oleh BBC Indonesia.
Sementara itu, wakil Fraksi Partai Keadilan Sejahtera, Moharriadi berkata walaupun kanun itu terpakai ke atas orang bukan Islam, mereka "bebas memilih secara sukarela" sama ada mahu tertakluk atau tidak di bawah undang-undang tersebut.
Kanun Jenayah itu menggariskan kesalahan yang dikenakan hukuman hudud termasuk hubungan seks sesama jenis dan liwat.
Undang-undang itu menetapkan hukuman termasuk sebat, denda dibayar mengikut sukatan gram emas, dan penjara.
Pemimpin masyarakat Cina dalam reaksi sebelum ini berharap pelaksanaan syariah di Aceh tidak sampai memaksa wanita bukan Islam memakai tudung.
“Janganlah sampai ada pemberlakuan jilbab untuk non-Muslim. Ini sudah sangat asasi,” kata Ketua Umum Hakka Aceh, Kho Khie Siong seperti dipetik oleh Tempo.co pada Khamis.
Kanun Jenayah itu tidak memperuntukkan tatacara berpakaian, manakala undang-undang mengenai tatacara berpakaian juga tidak menyentuh soal berpakaian orang bukan Islam.
Dalam pada itu, aktivis hak asasi manusia di Aceh mempersoalkan kewajaran pelaksanaan hukum syariat Islam ke atas orang bukan Islam dan menyifatkannya sebagai aneh.
Pengarah Koalisi NGO Hak Asasi Manusia Aceh, Zulfikar Muhammad berkata pada prinsipnya tujuan penghukuman dalam Islam adalah untuk mengajak orang bertaubat atau kembali ke jalan Allah.
“Tidak mungkin kita memaksa non-Muslim bertaubat sesuai kepercayaan kita (Islam). Mereka punya cara bertaubat sendiri sesuai ajarannya,” kata Zulfikar.
Beliau juga menekankan hukum jenayah Islam bertujuan untuk mendidik dan mencegah masyarakat daripada melakukan maksiat, katanya.
Astro Awani
Sat Sep 27 2014
Dewan Perwakilan Rakyat Aceh sebulat suara mengesahkan undang-undang jenayah Islam yang turut terpakai ke atas orang bukan Islam. -Gambar fail
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Hudud di Aceh sah terpakai ke atas Islam, bukan Islam
Dewan Perwakilan Rakyat Aceh awal hari ini sebulat suara mengesahkan undang-undang jenayah Islam yang turut terpakai ke atas orang bukan Islam, lapor BBC Indonesia.