DUNIA
Hujan lebat monsun ragut 104 nyawa, cederakan 200 orang di seluruh Pakistan
ISLAMABAD: Hujan lebat dan banjir kilat meragut sekurang-kurangnya 104 nyawa dan mengakibatkan kecederaan kepada lebih 200 orang di seluruh Pakistan antara 26 Jun hingga 12 Julai, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua.
Dalam tempoh 24 jam lepas sahaja, enam orang dilaporkan maut dan 15 lagi cedera akibat kejadian berkaitan hujan, menurut NDMA.
Wilayah timur Punjab mencatat kematian tertinggi dengan 39 orang, diikuti wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa dengan 31, wilayah selatan Sindh dengan 17 dan wilayah barat daya Balochistan dengan 16 yang maut.
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai hujan dijangka berlanjutan dalam beberapa hari akan datang dan menasihatkan penduduk, khususnya yang tinggal di kawasan rendah dan terdedah, agar mengambil langkah berjaga-jaga. Operasi menyelamat dan bantuan masih diteruskan di kawasan yang paling terjejas.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami