awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencuri larikan kereta, tidak sedar remaja perempuan duduk belakang
Guru didakwa gunting tudung pelajar dipindahkan ke sekolah lain - Pengarah Pendidikan Sabah
Peru isytihar darurat di 134 daerah susulan hujan lebat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan bekas pekerja badan berkanun terlibat sindiket seleweng dana zakat

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2025
11:15 MYT
SPRM tahan bekas pekerja badan berkanun terlibat sindiket seleweng dana zakat
Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pekerja sebuah badan berkanun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.

Ringkasan AI
  • SPRM Kuala Lumpur menahan seorang bekas pekerja wanita sebuah badan berkanun pada 18 Oktober kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.
  • Suspek berusia lingkungan 30-an dipercayai meminta dan menerima rasuah sekitar RM2,500 pada Mac lalu; dia direman empat hari sehingga 22 Oktober bagi membantu siasatan.
  • Pengarah SPRM Kuala Lumpur mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM2,500 serta melakukan perbuatan itu pada Mac lepas," katanya.
Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan perintah reman selama empat hari terhadap wanita berkenaan hingga 22 Okt ini selepas permohonan dibuat SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.
Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#SPRM
#seleweng wang zakat
#Mohamad Zakkuan Talib
#Badan Berkanun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan