Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 45 masih hilang susulan hujan lebat yang melanda bahagian barat dan tengah Jepun pada Sabtu.
Menurut laporan NHK, lebih 1.6 juta penduduk telah dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat wilayah di pulau Honshu dan menggesa orang ramai berjaga-jaga dengan sebarang insiden tanah runtuh, paras air sungai naik dan angin kencang semasa kejadian hujan terlebat dalam sejarah negara itu.
Agensi itu turut menjangkakan hujan lebat itu akan berterusan sehingga Ahad.
Seorang lelaki terkorban selepas terjatuh ke dalam sungai daripada sebuah jambatan di Hiroshima manakala seorang lagi berusia 77 tahun maut selepas tergelincir ke dalam terusan di Takashima.
Dua lagi mayat mangsa ditemui dalam bangunan yang dilanda tanah runtuh, menurut laporan NHK.
Seorang warga emas berusia 95 tahun pula ditemui mati selepas sebahagian daripada rumahnya roboh akibat tanah runtuh.
Angka kematian pada Jumaat adalah empat.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga berkata kira-kira 48,000 anggota polis, bomba dan tentera telah dikerahkan bagi membantu mangsa di lebih 100 lokasi yang dilanda tanah runtuh.
Pada pagi Sabtu, lebih 1.6 juta penduduk telah diarah untuk mengosongkan rumah mereka susulan amaran banjir dan tanah runtuh.
Menurut Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana negara itu, lebih 3.1 juta penduduk akan diarah berpindah tidak lama lagi.
Hujan sebanyak 583 millimeter telah turun di Motoyama, sebuah bandar di pulau Shikoku, dalam masa 24 jam bermula Jumaat hingga Sabtu, menurut Agensi Meteorologi.
Beberapa pengangkutan awam di pulau Kyushu turut tergegas akibat hujan lebat manakala landasan kereta api di bahagian utara pulau tersebut diselubungi tanah dan serpihan bangunan, lapor agensi berita Kyodo.
Reuters
Sat Jul 07 2018
Pekerja keselamatan dilihat di kawasan perumahan yang musnah dilanda tanah runtuh akibat hujan lebat di Hiroshima, di barat Jepun, 7 Julai, 2018. REUTERS
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Amaran hujan tahap bahaya dan buruk di Kelantan, Terengganu hingga esok
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dan buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu hingga esok.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.
Amaran hujan berterusan di lapan negeri hari ini
Status amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada jam 6.30 pagi itu berkuat kuasa sepanjang hari ini.
Hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga dengan hujan lebat dijangka berterusan di Kelantan dan Terengganu hari ini.
Amaran cuaca buruk, waspada di beberapa negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat, yang dijangka berterusan di beberapa kawasan di Pahang sehingga esok.
Amaran cuaca buruk di pedalaman dan pantai barat Sabah serta Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di pedalaman dan Pantai Barat di Sabah serta Labuan sehingga esok.
Empat kawasan di Sabah berdepan hujan lebat berterusan hingga Jumaat
Amaran cuaca waspada di Sarawak dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Amaran cuaca buruk dan waspada di lima negeri hari ini - MetMalaysia
Hujan lebat dijangka berlaku di Pahang melibatkan kawasan Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Amaran cuaca buruk dan waspada di lima negeri hari ini - METMalaysia
Amaran cuaca buruk di sebahagian kawasan di Johor dan Pahang manakala amaran cuaca waspada di seluruh Kelantan, Terengganu, sebahagian kawasan Terengganu, Pahang dan Sabah
Amaran cuaca buruk di Pahang dan Johor hingga esok
Amaran cuaca waspada (kuning) turut dikeluarkan bagi beberapa daerah lain di dua negeri terbabit serta di Kelantan dan Terengganu bagi tempoh sama.