awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga beradik dicekup guna kad ATM tercicir untuk beli barang

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
05/08/2025
01:20 MYT
Tiga beradik dicekup guna kad ATM tercicir untuk beli barang
Tiga wanita tempatan yang juga adik-beradik ditahan polis selepas disyaki menggunakan kad ATM milik orang lain yang tercicir untuk membeli barangan keperluan peribadi.
LAHAD DATU: Tiga wanita tempatan yang juga adik-beradik ditahan polis selepas disyaki menggunakan kad ATM milik orang lain yang tercicir untuk membeli barangan keperluan peribadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, penahanan dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh pemilik kad, selepas mendapati kad ATM Agro Bank miliknya telah digunakan tanpa kebenaran.
“Hasil semakan pengadu dengan pihak bank mendapati kad debit tersebut telah digunakan beberapa kali di beberapa premis sekitar Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Ketiga-tiga suspek mengaku menggunakan kad tersebut untuk membuat pembayaran secara ‘paywave’, sebelum ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Lahad Datu.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mengakses sistem komputer tanpa kebenaran dengan niat melakukan penipuan.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya segera membuat laporan sekiranya kehilangan kad bank atau maklumat perbankan, bagi mengelakkan ia disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Topic Berkaitan
#tiga beradik dicekup
#kad ATM tercicir
#Barangan Keperluan
#ATM Agro Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan