Ibu bersama lima anak rentung, bilik motel terbakar di Michigan

Agensi
Julai 28, 2018 22:25 MYT
Motel itu terletak berhampiran lebuh raya Sodus iaitu kira-kira 322 kilometer dari barat Detroit. - Foto AP
Seorang wanita dan lima anaknya terbunuh dalam satu kebakaran di sebuah motel di Michigan, Amerika Syarikat awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian pukul 1.45 pagi di Motel Cosmo Extended Stay, Sodus, Michigan itu, mangsa dikenal pasti sebagai Kiarre Curtis, 26 tahun rentung bersama anaknya berusia antara dua hingga 10 tahun.
Suaminya, Samuel Curtis, 36 dan seorang anak perempuan mereka berusia 12 bulan yang tinggal di bilik yang sama bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri, kata Timbalan Ketua Polis Berrien, Robert Boyce.
Keluarga itu berasal dari Benton Harbor, Michigan, katanya.
Pegawai penyiasat sedang menjalankan siasatan bagaimana dan punca kebakaran itu bermula, tetapi pihak berkuasa percaya ia tidak berpunca daripada bilik keluarga tersebut.
Motel itu terletak berhampiran lebuh raya Sodus iaitu kira-kira 322 kilometer dari barat Detroit.
Sebanyak 27 daripada 60 bilik dihuni ketika kebakaran itu.
Sementara kira-kira 90 peratus motel itu rosak akibat kebakaran, asap atau air, kata pihak berkuasa.
#Amerika Syarikat #Benton Harbor #kebakaran #Kiarre Curtis #Michigan #motel #Motel Cosmo Extended Stay #rentung #Sodus #wanita