awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM
[TERKINI] Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu muda mati dalam derita apabila rahim direntap doktor selepas bersalin

Agensi
Agensi
18/10/2019
01:26 MYT
Ibu muda mati dalam derita apabila rahim direntap doktor selepas bersalin
Laporan Daily Mail tentang kematian Alisa akibat rahimnya direntap keluar oleh seorang doktor selepas melahirkan bayi. -Foto Daily Mail
Seorang wanita meninggal dunia apabila rahimnya direntap keluar oleh seorang doktor selepas melahirkan bayi perempuan dalam satu kejadian di Nizhneserginskaya, Rusia.
Doktor yang tidak dinamakan itu kini berdepan hukuman penjara tiga tahun jika sabit kesalahan cuai sehingga mengakibatkan kematian.
Mangsa, Alisa Tepikina, 22, meninggal dunia selepas koma akibat kesakitan melampau apabila rahimnya ditarik keluar.
Menurut laporan Daily Mail, doktor berkenaan pada mulanya ingin menarik keluar plasenta, tetapi sebaliknya merentap keluar rahim mangsa.
Tambah memilukan apabila ibu muda itu hanya mampu tersenyum melihat bayinya sebelum ditimpa kejadian yang meragut nyawanya tidak lama kemudian.
Ketika perbicaraan, ketua doktor Elena Barannikova mendakwa tidak berlaku keganasan ketika kejadian, namun dakwaan itu ditolak pakar selepas melihat laporan analisis lengkap.
Ibu mangsa, Svetlana Malyukova, 42, yang bersedih dengan kematian Alisa berkata dia tidak akan memaafkan doktor yang menyebabkan kematian anaknya itu.
“Tiada maaf. Jangan cuba berhubung dengan kami. Dia bunuh anak saya,” kata ibu mangsa.
Bayi perempuan yang diberi nama Anya kini dijaga Svetlana dan menantunya, Nikolay Tepikin.
Topic Berkaitan
#Alisa Tepikina
#bayi direntap keluar
#doktor cuai
#Elena Barannikova
#Nizhneserginskaya
#Svetlana Malyukova
#tarik keluar plasenta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan