awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banyak negara turunkan nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah kepada tahap dua - Mohamad
50 hilang selepas bot terbalik di Mediterranean
Pendakwah kongsi keadaan terkini Shamsul Ghau Ghau, sifatkan sebagai seorang yang baik

Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan

Bernama
Bernama
26/01/2026
06:17 MYT
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
Hannah ketika sesi pertanyaan-pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) serta proses yang melibatkan pelesenan dan transaksi harian di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) serta Perbadanan Labuan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan proses berkenaan menjadi lebih mudah dan senang diakses oleh orang ramai.
"Saya komited untuk memudahkan transaksi perniagaan di Kuala Lumpur. Saya juga meletakkan komitmen untuk mengurus Wilayah Persekutuan dengan lebih telus dan mendapat kerjasama yang lebih baik daripada sektor swasta.
"Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), saya percaya bahawa perniagaan yang berkembang maju dan hubungan komuniti yang erat dapat bergerak seiringan," katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Hannah berkata antaranya, Persekutuan Persatuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMC) Kuala Lumpur dan Selangor yang menjadikan penglibatan lebih mudah dan bermakna serta menyumbang secara positif kepada ekosistem perniagaan yang lebih luas.
Bersempena dengan ulang tahun FMC Kuala Lumpur dan Selangor ke-58, beliau turut mengucapkan tahniah dan berharap dapat menjalin kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#proses perlesenan
#semak semula SOP
#Hannah Yeoh
#Dewan Rakyat
#DBKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.