INTERNATIONAL

Ibu pejabat YouTube diserang

Agensi 03/04/2018 | 21:34 MYT
Laporan media tempatan jelas memaparkan pekerja YouTube berjalan keluar dari bangunan sambil mengangkat tangan mereka. Foto: GRAEME MACDONALD/REUTERS
Polis California Utara dilaporkan menyerbu ibu pejabat YouTube ekoran kehadiran ‘penembak’ di San Bruno, California.
Pihak polis telah memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhkan diri dari pejabat YouTube yang dimiliki oleh Alphabet Inc’s Google menerusi platform media sosial Twitter mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihak polis ketika dihubungi portal berita Reuters memberitahu mereka sedang giat menangani situasi tegang itu dan enggan ulas lanjut.
Pengurus produk YouTube, Todd Sherman dalam satu kenyataan di Twitternya berkata, kejadian tersebut berlaku ketika mereka dalam satu mesyuarat dan terdengar orang ramai berlari dan menjangka satu gempa bumi terjadi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laporan media tempatan jelas memaparkan pekerja YouTube berjalan keluar dari bangunan sambil mengangkat tangan mereka.
Situasi panik turut berlaku apabila puluhan pekerja dilaporkan meninggalkan ibu pejabat itu bagi menyelamatkan diri.
#Google #polis #shooting #tembak #YouTube