Ibu suspek penghina Presiden Joko Widodo (Jokowi), merayu agar Presiden Indonesia itu membebaskan anaknya dari tahanan Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia, lapor Tempo.co.
Murisdah, 49 tahun, memohon maaf kepada Jokowi dan merayu agar anaknya, Muhamad Arsad, 23, dibebaskan setelah ditangkap baru-baru ini kerana dituduh menghina Presiden Indonesia itu.
"Saya mohon maaf kepada Bapak Presiden, anak saya enggak tahu apa-apa. Saya mohon dibebaskan," Mursidah dipetik sebagai berkata oleh Tempo.co.
Mursidah tidak mengetahui apa yang dilakukan anak sulungnya ketika empat anggota polis berpakaian preman datang menahan Muhamad Arsad.
"Saya enggak (tidak) boleh baca-tulis, bapak polis dateng dan nunjukkin sesuatu di HP bapak polis itu," kata dia.
"Kalau anak saya salah, mohon dimaafkan Bapak Presiden Jokowi," katanya.
Peguambela Muhamad Arsad, Irfan Fahmi menjelaskan anak guamnya terjebak dalam situasi panas politik Indonesia ketika pilihan raya presiden Julai lalu.
"Dia hanya ikut-ikutan saja, terjebak situasi politik saat itu," Irfa dipetik sebagai berkata oleh Tempo.
Jelas beliau, Muhamad Arsad melakukan perbuatan tersebut tanpa mengetahui beliau akan ditahan akibat tindakannya.
"Kandungan-kandungan yang diunggahnya (muat naik) ke Facebook juga sudah dihapuskan kerana takut," katanya.
"Jika diberi keizinan, keluarga mahu bersimpuh di kaki Jokowi dan memohon pemuda terbabit dibenarkan pulang segera," tambahnya.
Sementara pasukan peguam Jokowi ketika masih berkempen, Teguh Samudra ketika dihubungi Tempo menjelaskan, mereka melaporkan perbuatan Muhamad Arsad kepada pihak berkuasa kerana menganggap perbuatan pemuda berusia 24 tahun itu sudah melampaui batas.
"Gambarnya jorok-jorok (kotor). Gambar BF (singkatan blue film atau filem porno) terus mukanya disunting dengan wajah Pak Jokowi," kata Teguh ketika dihubungi Tempo.
Jika didapati bersalah, Muhamad Arsad boleh dipenjara sehingga 10 tahun.
Astro Awani
Wed Oct 29 2014
Ibu suspek penghina Jokowi rayu bebaskan anaknya, mahu cium kaki Jokowi
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
SPRM peroleh perintah larang akses harta sejumlah AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejumlah AS$340 juta (RM1.5 bilion), yang ada dalam simpanan Pejabat Dana, Mahkamah United Kingdom.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN)
Presiden Jokowi arah penjawat awam pindah ke Nusantara pada Januari 2025
Presiden Jokowi telah menyampaikan arahan untuk memulakan pemindahan penjawat awam ke ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan Timur pada Jan 2025, kata Menteri Sistem Negara dan Reformasi Birokrasi.
Jokowi rombak Kabinet menjelang peralihan kuasa
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengumumkan rombakan Kabinet dengan melantik tiga menteri baharu dan seorang timbalan menteri di Istana Negara pada Isnin (19 Ogos).
Jokowi kenang tempoh jadi presiden selama sedekad dalam ucapan terakhir negara
Dalam ucapan terakhir Presiden Joko Widodo pada Jumaat, menandakan ulang tahun ke-79 kemerdekaan Indonesia, beliau mengenang kembali tempoh kepimpinannya selama sedekad.
Presiden Jokowi berusaha wujudkan Nusantara yang selamat, bebas jenayah
Presiden Jokowi bertekad memastikan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, menjadi sebuah bandar yang selamat dan bebas jenayah.
Muzik dimatikan, Anang kena 'ejek' satu stadium kacau kemenangan Indonesia
Penyanyi Anang dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia semasa perlawanan ke atas Filipina.
Pemilu 2024: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Prabowo
Prabowo berkata, beliau telah menerima panggilan telefon daripada beberapa pemimpin pada Khamis yang menyampaikan ucapan tahniah meskipun pengiraan undi masih dijalankan.
Jokowi minta bukti dakwaan penipuan dalam pilihan raya
Presiden Joko Widodo yang menjawab kebimbangan mengenai dakwaan penipuan dalam pilihan raya, menekankan mengenai pentingnya dakwaan sedemikian disertakan bukti.
Pemilu 2024: Tunggu keputusan akhir KPU - Jokowi
Jokowi menggesa rakyat untuk menunggu keputusan akhir Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia.
Presiden Indonesia nafi spekulasi peletakan jawatan beberapa menteri
Presiden Indonesia Joko Widodo menafikan spekulasi beberapa menteri Kabinet meletak jawatan termasuk Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati.
Pilpres 2024: Gibran agih susu percuma didakwa langgar peraturan kempen
Badan pemerhati pilihan raya Indonesia telah memanggil anak Presiden Joko Widodo atau Jokowi yang menjadi calon wakil presiden (cawapres).