Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Essex, England terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan kecemasan selepas didapati kulitnya mula dimamah oleh bisa yang ditinggalkan seekor labah-labah yang mengigitnya.
Menurut ibu kanak-kanak terbabit Jaime Anderson, 41, dia menyedari kesan gigitan itu selepas anaknya Bella pulang dari bermalam di rumah rakan, lapor The Mirror.
Selepas beberapa kali ke hospital akhirnya doktor mengesahkan Bella telah digigit labah-labah berbisa dari spesis “widow’.
Bella bagaimanapun tidak mengingati dimanakah dia digigit.
Kesan gigitan itu pantas merebak menjadi kudis dan kulit Bella menjadi seperti dimamah ulat.
Asalnya luka yang sebesar siling 50 sen merebak menjadi lebih besar.
Meskipun kelihatan ‘mengerikan’ dan ‘menyakitkan’ Bella dikhabarkan tidak menunjukkan sebarang rasa sakit.
Selepas diberikan antibiotik, kesan gigitan terbabit berjaya dikawal dan beransur sembuh.
Satu pembedahan untuk membersihkan luka akan dilakukan dan Bella dijangka akan dibenarkan pulang sedikit masa lagi.
Doktor percaya spesis labah-labah terbabit datang dari pisang yang diimport dan mula membiak di kawasan Essex.
Agensi
Tue Sep 04 2018
Menurut ibu kanak-kanak terbabit Jaime Anderson, 41, dia menyedari kesan gigitan itu selepas anaknya Bella pulang dari bermalam di rumah rakan, lapor The Mirror.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Mengadu sakit telinga, rupanya ada serangga berbisa tersekat
Seorang doktor di Luc Ngan, utara Vietnam berjaya mengeluarkan seekor serangga berbisa yang tersekat dalam salur telinga seorang wanita.
Nak bersih ladang terjumpa ular sawa batik 180kg
Seekor ular sawa batik seberat 180 kilogram ditangkap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang di ladang kelapa sawit di Ladang Nenas, Simpang Renggam.
Ular hitam berbisa asyik 'membawang' kejutkan penduduk Membakut
Sekumpulan pengunjung di Pekan Membakut panik seketika apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor ular hitam yang sedang menyorok berhampiran longgokan bungkusan bawang.
Ibu trauma melihat kulit anak mengelupas, beransur-ansur 'dimamah'
Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Essex, England terpaksa dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan kecemasan selepas didapati kulitnya mula dimamah.