awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China wajibkan bateri EV tidak boleh terbakar dan meletup bermula 2026
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026

Bernama
Bernama
31/12/2025
02:00 MYT
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh penduduk Pahang dan rakyat Malaysia amnya.
KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2026 kepada seluruh penduduk Pahang dan rakyat Malaysia amnya.
Sempena kehadiran tahun baharu ini, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar seluruh rakyat sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang baik, keselamatan, serta kehidupan harmoni dan sejahtera.
"Mudah-mudahan tahun 2026 membawa sinar harapan baharu, kekuatan semangat dan kejayaan dalam setiap cabaran kehidupan yang dilalui," titah baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar rakyat terus bersatu padu, saling menghormati dan mengamalkan nilai-nilai murni demi memelihara keharmonian masyarakat serta kemakmuran negeri dan negara tercinta.
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan bertitah, tahun baharu ini juga wajar dijadikan titik tolak untuk memperkukuh azam, meningkatkan usaha dan memperbaiki diri ke arah masa depan yang lebih gemilang.
Dalam pada itu, baginda berdua mengajak seluruh rakyat agar bersama-sama berdoa supaya negeri Pahang dan negara dijauhi segala bentuk tragedi serta bala bencana seperti taufan, banjir dan gempa bumi.
"Akhir kata, semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan-Nya kepada Pahang dan Malaysia keseluruhannya," titah baginda berdua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selamat Tahun Baharu 2026
#Sultan Pahang
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan