Amerika Syarikat (AS) berjanji memberi dana sebanyak US$200 juta untuk membantu usaha Gabungan Global memerangi kumpulan militan Daish serta menghalang mereka kembali semula ke Syria dan Iraq.
Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson, berkata Daish akan sentiasa menjadi ancaman dan gangguan kepada seluruh dunia.
"Dunia perlu teruskan usaha memerangi Daish bagi memastikan kumpulan itu tidak muncul kembali di Syria dan Iraq, walaupun rantau itu telah diisytiharkan bebas sepenuhnya daripada penguasaan mereka.
"Dana ini sangat diperlukan untuk memastikan Daish tidak kembali semula ke Iraq dan Syria," katanya ketika berucap di pembukaan Mesyuarat Peringkat Menteri Gabungan Global Menentang ISIS/Daish di Istana Bayan di sini pada Selasa.
Mesyuarat itu diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Kuwait Untuk Pembangunan Semula Iraq (KICRI) yang berlangsung tiga hari mulai Isnin.
Mengulas lanjut, Tillerson berkata gabungan antarabangsa itu berjaya membebaskan 98 peratus wilayah Iraq daripada penguasaan Daish dan mengembalikan semula tempat perlindungan rakyat di negara tersebut.
"Keamanan berterusan amat perlu dititikberatkan bagi membolehkan masyarakat Iraq dan Syria kembali kepada kehidupan asal dan kita perlu membantu kedua-dua negara dalam pembangunan semula setelah dimusnahkan oleh Daish seperti pembinaan hospital, saluran air, elektrik dan sekolah," katanya.
Beliau berkata Gabungan Global perlu terus berusaha bagi memastikan Daish tidak akan kembali ke Iraq dan Syria.
"AS sangat menghargai sumbangan oleh negara anggota Gabungan Global sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam memainkan peranan penting bagi memerangi Daish namun dana yang besar sangat diperlukan bagi memastikan keamanan berterusan," katanya.
Katanya, AS akan terus menjadi penyumbang terbesar dalam memberikan bantuan kemanusiaan di Syria dan bekerjasama dengan Gabungan Global serta rakan kongsi tempatan bagi bantuan ketenteraan di negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2018
Tillerson (kiri) dan Menteri Luar Kuwait Sheikh Sabah al Khalid Al Sabah pada satu sidang media di Bayan, Kuwait, 13 Feb 2018. REUTERS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria