awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imam Besar Al-Azhar seru perpaduan dan kerjasama negara-negara Islam

Bernama
Bernama
19/02/2025
12:00 MYT
Imam Besar Al-Azhar seru perpaduan dan kerjasama negara-negara Islam
Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif, Dr Ahmed Al-Tayyeb menyeru negara-negara Islam untuk bersatu dan menangani cabaran semasa melalui persefahaman serta kerjasama erat. - Kredit foto: berkleycenter.georgetown.edu
MANAMA (Bahrain): Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif, Dr Ahmed Al-Tayyeb menyeru negara-negara Islam untuk bersatu dan menangani cabaran semasa melalui persefahaman serta kerjasama erat.
Al-Tayyeb, yang juga Pengerusi Majlis Hukama Muslimin menekankan bahawa dunia Islam sedang berdepan krisis nyata, dengan umat Islam ditindas di pelbagai wilayah di seluruh dunia.
Beliau menegaskan bahawa satu-satunya cara untuk menangani cabaran ini adalah melalui perpaduan negara-negara Islam, tanpa mengira geografi atau fahaman politik.
"Kita mesti mengakui bahawa kita sedang menghadapi krisis yang nyata, dan umat Islam di serata dunia diganggu serta ditindas.
"Tidak kira di mana mereka berada, satu-satunya cara untuk menangani cabaran semasa adalah melalui perpaduan negara-negara Islam," katanya ketika berucap pada Intra-Islamic Dialogue Conference (IIDC) di sini, pada Rabu.
Persidangan itu dianjurkan oleh Al-Azhar Al-Sharif, Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Bahrain (SCIA) dan Majlis Hukama Muslimin.
Ia turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersempena lawatan rasmi pertamanya ke negara itu.
Anwar merupakan satu-satunya ketua kerajaan yang dijemput untuk menyampaikan ucapan pada persidangan berkenaan yang diadakan di bawah naungan Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa.
Dalam pada itu, Al-Tayyeb turut menegaskan keperluan merangka pelan tindakan kolektif yang bersifat menyeluruh demi memperbaiki keadaan dunia Islam tanpa mengecualikan mana-mana pihak.
Persidangan dua hari yang bermula Rabu itu menghimpunkan lebih 400 ulama, pemimpin agama, cendekiawan serta pakar dari seluruh dunia Islam di bawah tema "One Nation, One Shared Destiny".
Matlamatnya adalah untuk mewujudkan dialog yang membina, menyatukan perspektif tentang isu-isu utama yang dihadapi negara Islam serta meningkatkan persefahaman dan perpaduan merentasi pelbagai mazhab dan aliran pemikiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imam Besar Al-Azhar
#Dr Ahmed Al-Tayyeb
#negara Islam
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan