Putera raja dibuang negeri, Reza Pahlavi tekad pulang ke Iran

Pahlavi, yang dilantik sebagai putera mahkota pada era pemerintahan Raja Iran ketika itu Mohammad Reza Pahlavi, tinggal dalam buangan di AS selama beberapa dekad. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Reza Pahlavi, putera kepada raja Iran yang digulingkan dalam revolusi 1979, pada Ahad berikrar untuk kembali ke negara itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pahlavi, 65, yang kini dalam buangan di Amerika Syarikat (AS) tidak menyatakan tarikh khusus dan masih tidak jelas sama ada beliau akan dibenarkan memasuki Iran serta akibat dihadapinya sebagai ahli politik pembangkang.
Tunjuk perasan berlaku di seluruh Iran hujung Disember lepas susulan krisis ekonomi meruncing dan kenaikan inflasi.
Pahlavi berkata dalam pesanan video di X bahawa rakyat Iran menuntut laluan baharu yang boleh dipercayai untuk masa depan.
"Perjuangan di Iran hari ini adalah antara pendudukan dan pembebasan. Rakyat Iran telah memanggil saya untuk memimpin. Saya akan kembali ke Iran," katanya.
Pahlavi, yang dilantik sebagai putera mahkota pada era pemerintahan Raja Iran ketika itu Mohammad Reza Pahlavi, tinggal dalam buangan di AS selama beberapa dekad.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


