awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IMF desak Pakistan hapuskan subsidi tenaga sebelum beri pinjaman

Bernama
Bernama
26/05/2022
03:46 MYT
IMF desak Pakistan hapuskan subsidi tenaga sebelum beri pinjaman
IMF memuji keputusan Bank Negara Pakistan (SBP) menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 1.5 peratus kepada 13.75 peratus pada 23 Mei. - Reuters
NEW DELHI: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mendesak Pakistan menghapuskan subsidi tenaga sebelum memberikannya pinjaman di bawah pakej 2019.
Ketua misi IMF untuk Pakistan, Nathan Porter, telah mengadakan rundingan dengan wakil Pakistan berhubung perkara itu, di Qatar dari 18 hingga 25 Mei.
"Misi itu telah mengadakan perbincangan yang sangat konstruktif dengan pihak berkuasa Pakistan mengenai pengaturan Kemudahan Dana Lanjutan IMF," kata Porter dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada 2019, IMF dan Pakistan bersetuju dengan program pinjaman AS$6 bilion tetapi dibekukan berikutan wujud perbezaan dengan kerajaan terdahulu.
IMF memuji keputusan Bank Negara Pakistan (SBP) menaikkan kadar faedah penanda arasnya sebanyak 1.5 peratus kepada 13.75 peratus pada 23 Mei.
Mengenai aspek fiskal, pegawai IMF itu berkata perlunya tindakan konkrit mengenai dasar dilakukan secepat mungkin termasuk dalam konteks menghapuskan subsidi bahan api dan tenaga.
Sebelum berlepas ke Doha pada Isnin, Menteri Kewangan Miftah Ismail berkata beliau akan memberitahu IMF bahawa subsidi bahan api dan tenaga tidak boleh dihapuskan serta-merta.
Kerajaan Pakistan sebelum ini yang diterajui parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pada Februari lalu telah memutuskan tidak menaikkan harga bahan api dan elektrik selama empat bulan sehingga bajet seterusnya diumumkan pada Jun bagi memberi kelegaan kepada rakyat di tengah-tengah peningkatan inflasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IMF
#Pakistan
#subsidi tenaga
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan