PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta

Hussein, menunjukkan dadah yang dirampas ketika sidang media mengenai kejayaan JSJN, melumpuhkan sindiket pengedaran dadah dari Kelantan ke Lembah Klang bernilai RM13.25 juta di IPK KL hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM208.25 juta dalam beberapa serbuan sejak 30 Jan hingga 3 Feb lepas, di sekitar Lembah Klang.
Ringkasan AI
- PDRM menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang, merampas dadah bernilai RM208.25 juta dan menahan ketua sindiket beserta 9 anggota.
- Operasi serbuan berasingan merampas dadah bernilai RM180 juta di Kepong, termasuk MDMA, pil erimin 5, pil ekstasi, serbuk ketamin, dan methamphetamine.
- Polis menahan enam individu terlibat dalam pengedaran bunga ganja ke luar negara di Selangor, termasuk ketua sindiket dan warga asing di KLIA, serta merampas 60 bungkusan bunga ganja seberat 33 kg.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.
Beliau berkata suspek pertama berperanan sebagai ketua sindiket, manakala dua lagi suspek bertindak sebagai "transporter" yang membawa dadah berkenaan dari Pantai Timur ke Lembah Klang untuk dipasarkan.
"Ketiga-tiga suspek telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 hari ini," katanya.
Dalam operasi berasingan di sekitar Kepong di sini pada 31 Jan lepas, Hussein berkata pihaknya menahan masing-masing seorang lelaki dan wanita tempatan, serta seorang wanita warga asing berusia lingkungan 38 hingga 58 tahun, dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM180 juta.
"Dadah yang dirampas melibatkan MDMA seberat 843.8 kg, pil erimin 5 seberat 325.2 kg, pil ekstasi 104.3 kg, serbuk ketamin (97.7 kg), methamphetamine (9.5 kg).
"Modus operandi sindiket ini menjadikan rumah sewa di Lembah Klang sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya.
Turut disita empat kereta bernilai RM118,800 milik sindiket berkenaan.
"Semua suspek direman selama 12 hari hingga 11 Feb depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Pada 2 dan 3 Feb, polis menahan enam individu berusia 31 hingga 37 tahun melibatkan tiga lelaki tempatan, masing-masing seorang wanita tempatan, dan wanita serta lelaki warga asing kerana terlibat dalam pengedaran dadah disyaki bunga ganja ke luar negara.
Hussein berkata pihaknya berjaya menahan semua individu berkenaan di sekitar Selangor.
Tangkapan pertama melibatkan tiga individu yang juga ketua sindiket dan dua warga asing di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawa oleh dua individu warga asing berkenaan menemukan 60 bungkusan dipercayai bunga ganja seberat 33 kg.
"Siasatan awal mendapati kedua-dua warga asing itu dijadikan keldai dadah untuk penyeludupan bunga ganja ke United Kingdom dan mereka dipercayai menerima bayaran sebanyak RM10,000 dan pakej percutian dan tiket penerbangan," katanya.
Hussein berkata soal siasat terhadap suspek pertama membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Bandar Damai Perdana, Cheras dan 254 bungkusan bunga ganja seberat 133 kg dirampas.
"Polis kemudian melakukan serbuan di Taman Equine dan di Bayan Lepas Pulau Pinang. Tiga lagi individu tempatan dipercayai ahli sindiket ditahan dan 40 bungkusan bunga ganja seberat 22 kg dirampas," katanya.
Sindiket yang aktif sejak bulan lepas itu menyeludup masuk bekalan bahan terlarang berkenaan melalui laluan haram di utara Semenanjung.
"Semua suspek direman selama tujuh hari hingga 9 Feb ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


