Isu ekonomi akan menjadi antara cabaran terbesar dihadapi parti diterajui Imran Khan pasca sambutan kemenangan pilihan raya umum Pakistan.
Penganalisis Politik Asia Selatan, Dr. Azharuddin Mohamed Dali menjelaskan, ia antara perkara yang harus ditempuh Imran selain cabaran hubungan luar dan terrorisme dalam mendepani politik baharu di negara tersebut.
Bagaimanapun kata Azharuddin, Imran berdepan cabaran sukar memperolehi majoriti 137 kerusi yang dikehendaki selain tidak menolak kemungkinan terpaksa bergabung dengan parti lain.
"Pasti daripada keseluruhan perkara yang timbul itu, cabaran ekonomi adalah yang terbesar. Kita dapati bahawa kadar inflasi agak tinggi di Pakistan, nilai matawang juga dikatakan agak merosot dan keadaan ini pastinya menyebabkan Imran akan mencari alternatif bagi membolehkan ekonomi Pakistan kembali ke kedudukan sepatutnya.
"Itu sebabnya dalam ucapan kemenangan, beliau kata bahawa perlu melihat pelaburan dari negara barat terutama Amerika Syarikat (AS) perlu dibawa masuk ke Pakistan. Ini merupakan antara perkara yang cuba diketengahkan oleh Imran. Saya fikir lebih penting lagi adalah bagaimana beliau terpaksa berhadapan dengan India kerana isu Kashmir masih lagi isu yang tidak selesai.
"Malah dalam pilihan raya yang baru berlaku, kita dapati terdapat halangan yang dikatakan diterima wartawan India untuk memberikan laporan terhadap pilihanya itu. Ini bermakna bahawa secara keseluruhannya hubungan antara India dengan Pakistan itu masih lagi menjadi antara masalah penting," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Imran Khan umum menang pilihan raya Pakistan
Pada Khamis, bekas bintang kriket Imran mengumumkan kemenangan partinya pada Khamis dalam pilihan raya umum Pakistan.
Dalam pada itu jelas Azharuddin, Imran perlu melakukan sesuatu agar hubungan di antara India dan Pakistan dapat berjalan dengan dengan lebih baik.
"Saya fikir dari sudut hubungan luar, hubungan dengan China juga merupakan antara paling penting, dalam konteks negara jiran dengan Pakistan selain dari pastinya negara Islam lain, termasuk negara kita, Malaysia.
"Jadi saya fikir oleh kerana kita ada negara baru, di Pakistan juga kerajaan baru, maka ia satu hala tuju baik kepada kedua-dua negara yang berkaitan," ujarnya.
Kiraan undi pilihan raya Pakistan sehingga kini dilihat menyebelahi Imran meskipun masih belum selesai secara keseluruhan.
Pada masa yang sama, parti lawan mendakwa berlaku penipuan dalam proses pengiraan.
Wan Syamsul Amly
Fri Jul 27 2018
Kata Azharuddin, Imran berdepan cabaran sukar memperolehi majoriti 137 kerusi yang dikehendaki selain tidak menolak kemungkinan terpaksa bergabung dengan parti lain.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Skandal rasuah: Ahli perniagaan Malaysia 'Fat Leonard' dihukum penjara 15 tahun di AS
Kontraktor pertahanan Malaysia, Leonard Francis yang lebih dikenali sebagai "Fat Leonard," dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Penganalisis
Walaupun sering menyertai forum antarabangsa seperti ASEAN dan PBB, penyertaan Malaysia lebih pasif berbanding sebagai pemimpin aktif dalam memperjuangkan isu global.
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
AS hantar sistem anti-peluru berpandu, tentera ke Israel
Presiden Joe Biden menjelaskan bahawa langkah ini diambil untuk mempertahankan Israel.
Hamas dakwa Israel lakukan genosid di Jabalia dengan perlindungan AS
Serangan tidak berperikemanusiaan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih daripada 90 cedera.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza perlu selesai segera - Antony Blinken
AS, Mesir dan Qatar akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan Hamas bersetuju dengan "cadangan perantara" tersebut.
Lima negara, Kesatuan Afrika, PBB komited teruskan rundingan damai Sudan
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kesatuan Afrika dan PBB.
AS rayu keputusan beri pingat gangsa kepada gimnas Romania
Gimnastik AS mengemukakan bukti tambahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menyokong kes atlet Jordan Chiles harus mendapat pingat gangsa.
Lelaki ada hubungan dengan Iran rancang pembunuhan ahli politik di AS
Seorang lelaki Pakistan yang dipercayai mempunyai hubungan dengan Iran didakwa atas tuduhan merancang pembunuhan seorang ahli politik atau pegawai kerajaan di Amerika Syarikat (AS).